Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Friday 27 June 2008

Rayuan

Hari ini seharian saya menguruskan rayuan kemasukan calon-calon ke program Diploma Pengajian Sukan (SR113). Saya ke Bahagian Pengambilan Pelajar (BPP)untuk menghantar senarai nama calon yang berjaya dalam rayuan mereka ke SR113.

Sesampai di BPP saya tertarik dengan kenyataan yang dipamerkan di pintu hadapan pejabat tersebut. Kenyataan Ketua BPP tersebut berbunyi:

"INGIN TUKAR PROGRAM?
INGIN TUKAR KAMPUS?


... mungkin program/kampus yang ditawarkan tidak seperti diharapkan

NAMUN BERSYUKURLAH

... kerana berjaya ditawarkan melanjutkan pengajian di UiTM

TAHUKAH ANDA???
... puluhan ribu calon lagi masih belum mendapat tempat... dan mereka sedang beradu nasib, merayu dan menunggu kekosongan tempat pengajian. Berilah ruang kepada kami untuk memberi tumpuan dan keutamaan untuk menguruskan permohonan mereka terlebih dahulu!!!"

Jadi kepada yang telah mendapat tempat pengajian, bersyukurlah. Janganlah pula merayu-rayu untuk bertukar tempat atau program. Berilah peluang kepada orang lain pula. Apa salahnya merantau untuk menuntut ilmu.

5 comments:

ADDIN "My Life Is Beautiful" said...

akum,

belajarlah untuk menimba ilmu bukannya belajar kerana status atau terpaksa...kita perlu mengambil kira minat seseorang kerana yang akan menanggung hutang dan merancang masa depan adalah yang memikul beban....semoga yang mendapat peluang akan menggunakan sepenuhnya kerana ia mungkin tidak akan datang buat kedua kali...fikir2xkan dengan mata hati supaya tidak mengigit jari..

adios

PPT said...

Salam,
Kadang-kadang sedikit kesedaran perlu untuk mendidik anak bangsa untuk maju ke hadapan.


Cheers ....

Anonymous said...

assalamualaikum...

Dah lama tak bagi komen kt blog en. Syam. Pembetulan en. Syam. Saya mula bekerja 1hb julai 2007. Sekarang ni saya di ofis INSTEDT bersama-sama Fadzil a.k.a Bean untuk lawatan di ofis (tapi sebenarnya ikut dia buat kerja).

betul tu En.Syam. Kalau dah dapat rezeki jangan ditolak. Seksa saya time tak dapat sambung degre. Dah dapat pun saya main-main lagi.

hisyamchemat said...

Takpa... sekurang-kurangnya dah TAMAT pengajian.

PPT said...

Janganlah jadi kacang lupakan kulit, macam Boss penah cakap, budi dah ditabur tapi SMI (sendiri mau ingat) la