Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Wednesday, 22 October 2008

Akhirnya...

Usop dah nak kahwin.

Terkejut besar juga saya. Mana taknya... setelah beberapa lama tidak berjumpa, tuptup Usop atau nama sebenarnya Ismady Norsyam b. Hj Ishak muncul di depan bilik saya. Di tangannya ada sepucuk kad. Saya kaget sebentar. Saya meneka ini mungkin kad jemputan perkahwinan Usop. Katanya kad jemputan rumah terbuka Aidilfitri. Bila dibuka sahaja sampul kad tersebut, maka tahulah isinya. Usop dah sampai seru.

Usop yang juga alumni PERLU UiTM akan melangsungkan pernikahan dengan Haslinda Husain yang juga rakan sekuliah beliau dari First Batch. Orang Kulim lagi tu. Orang kampung saya. Junior saya masa di sekolah dulu.


Mungkin batch yang baru-baru masih belum mengenali Usop. Beliau adalah Presiden Alumni FSR. Seorang yang aktif dalam rekreasi luar hinggalah ke saat ini. Kini cucu allahyarham Datuk Hj Mahmud Jun (pelakon tersohor) ini adalah konsultan untuk aktiviti rekreasi luar dan team building.


Sama-samalah kita doakan saudara Usop dan pasangannya kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

5 comments:

hijau bumi Tuhan... said...

laa, abg usop cucu mahmud jun ke,haha...emm,dia mmg aktif...slalu jgak buat prgm dgn msn...ingt lg masa final camp sy, abg usop dtg jadik instructor...

tahniah abg usop, smoga berkekalan hngga ke anak cucu dan akhir hayat, insyallah...


salam perjalanan...

Lennyek said...

Selamat Pengantin Baru..
Semoga bahagia hingga ke akhir hayat...

hisyamchemat said...

Lan,
Ramai yang tak tau dia cucu Mahmud Jun. Alumni lama memang dah tahu.

teamtact said...

salam...

tahniah...harap-harap ada jemputan untuk kawan-kawan...

teringin jugak nak tgk usop bersanding dengan telatah ala afdlin shauki....hahaha..

Anonymous said...

alhamdulillah.. akhirnya bro ucop menyahut seruan jugak. junior bro ni nak masuk 2 dah anak tau.. insyaalah.. bulan 12 ni bertambah la warga keluarga kami. n'way congrats again and pepandai la bwk diri bila dah jd suami org ek... caiyokk!!!