Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Friday, 24 October 2008

Membebel

Saya pun pelik la jugak. Kenapalah Jabatan dan kementerian terbabit buat macam ni? Sepatutnya warwarkanlah kursus-kursus yang mereka tawarkan kepada orang awam atau masyarakat di luar ni. Janganlah dok syok sendiri sahaja. Ramai lagi yang masih belum tahu tentang kewujudan kursus-kursus seperti Kursus Kepimpinan Rekreasi Luar Tahap I, II dan III, Kursus Bantu Mula, Kursus Kayak Star I dan II, Kursus Mendaki dan macam-macam lagi kursus yang jabatan mereka tawarkan.

Sekarangkan Zaman Berteknologi bukannya Zaman Batu. Maklumkanlah dalam laman sesawang ka, televisyen ka, surat khabar ka, radio ka dan banyak lagi saluran yang boleh mereka gunakan. Setahu saya bajet untuk program sentiasa turun dari kementerian. Takkan setakat buat program hanya seperti melepaskan batu di tangga. Ni memang nak kena panggil Karam Singh Walia untuk dibuat aduan.

Nasihat saya mudah sahaja kepada pegawai-pegawai di jabatan terbabit. Tunaikanlah tanggungjawab anda dengan sepenuh hati dan penuh amanah. Jangan disalahgunakan amanah yang telah diberikan kepada anda. Dah dapat kerja tu buat la kerja elok-elok.

P/S: Itupun kalau staf di kementerian dan jabatan terbabit menjenguk blog ini. Kalau tak, maka jadilah seperti lagu Wal Hasil Balik Asal dendangan Jamal Abdillah. 'Wal hasil balik asal, wal asal balik hasil, wal hasil cari pasal, itu pasal tak hasil'.

7 comments:

Lennyek said...

btul tu..saya sokong..
sepatutnya,benda2 mcm ni perlu di hebahkan pada masyarakat..supaya mereka tahu akan kewujudan kursus2 ni..
takda la yang akan pandang serong utk org2 yang berekreasi ni..

atleast mereka yg mengikuti kursus ni ada ilmu dalam bidang yang mereka ambil...

FoO dA fIrSt#1 said...

sepanjang pengalaman saya bekerja kontrak di satu kementerian ni, budget untuk promosi memang ada. banyak la jugak. tapi semua lesap ntah kemana. ke poket sendiri kut. tu pasal la public tak tahu. kekadang promosi hanya dibuat melalui panggilan telefon tak dihebahkan sepenuhnya....

azhani said...

ohh..mcm tu ke en.yasir..knp dulu en.yasir tak suarakan hal ni semasa berada dikementerian tersebut ye?..hmm..

hijau bumi Tuhan... said...

bnyk sgt politik dlm jabatan2 seperti ni...bila dh mula berkecimpung, dh nmpk jgak la bnda2 yg buruk...walaupun x semua, tp perkara2 mcm ni mmg berlaku...ada yg x amanah,ada yg pecah amanah... wallahualam...

mntk dijauhkan dari perkara2 sedemikian...


salam perjalanan...

hisyamchemat said...

Jawab Yasir Jawab

p_yan1511 said...

semenjak saya berjinak2 gan persatuan jurulatih ni, mcm2 yg dapat dengar berita... yg baik, baik la.. yg tak baik, tak baik la... satu lagi, bagi saya..pelajar kite dah tak perlu pergi level 3, ini kerana apa yg diajar semasa level 3 semuanya ada mase di final kem.... hehehehe itu pendapat saya la... (jiwa dah agak tenang kit.....)

p_yan1511 said...

untuk pengetahuan semua, nanti KBS nak buat level 3 kat kapit, serawak, tak tau la sape yg dapat pegi.. jurulatih yg dijemput pergi untuk mengajar pun kene guna duit sendiri dulu untuk beli tiket...emmmmm.... mcm mane ni??? tak kan tak ada peruntukkan untuk tiket kot???? hehehehehehehehe