Hampir dua bulan jiwa saya tak tenteram. Setiap saat saya memikirkan kemanalah menghilangnya benda ni. Kepada Liza pun tidak saya maklumkan tentang kehilangan ini. Saya cuba mengawal diri agar kerisauan ini tidak jelas kelihatan.
Semenjak balik dari Final Camp (21/8/2008) di Kenyir dua bulan lepas, saya masih gagal menjumpai 3 unit thumbdrive milik saya. Habis semua beg, di dalam rumah, kereta, sehinggalah di bilik pejabat atas dan bawah saya cari. Namun gagal dikesan ke mana menghilangnya benda tu.
Jiwa saya memang tak tenang mengenangkan thumbdrive yang penuh dengan maklumat peribadi dan kerja buat di fakulti yang sesetengahnya dianggap sulit. Siapalah insan yang berhati suci yang akan memulangkan kembali harta saya tu.
Setiap hari saya berdoa agar dipertemukan semula dengan thumbdrive tersebut. Saya hanya bertawakal kepada Allah setelah puas berusaha. Setiap kali saya teringatkan thumbdrive itu, pasti saya akan mendoakan agar dilembutkan hati orang yang menjumpai thumbdrive tersebut agar memulangkannya semula kepada saya.
Semalam saya berkesempatan bersolat Asar di Surau Al-Mawaddah Seksyen 7 sementara menantikan Kamilia yang sedang mengaji di rumah berhampiran. Sempat saya habiskan bacaan surah Yassin. Sekali lagi saya sempat berdoa kepada Illahi.
Malamnya, selepas selesai solat Maghrib di bilik bacaan, tanpa disangka-sangka thumbdrive 3 serangkai yang telah dua bulan 'menghilangkan diri' muncul betul-betul di dalam raga di bawah timbunan buku yang sedang Kamil selerakkan di sebelah tempat saya bersolat.
Subhanallah! Subhanallah! Subhanallah!
Maha Suci Allah yang telah menemukan semula 'harta' yang memang saya cari-cari. Syukur kehadratmu Ya Allah. Terus saya bersujud syukur.
Ya Allah ampunilah dosa hambaMU ini.
5 comments:
alhamdulillah..
berkat doa dan kesabaran akhirnya jumpa balik thumbdrive tu..
alhamdulillah...
nasib baik tak jatuh kat tangan orang lain...kalau tak......jeng..jeng..jeng...
Lenny,
Betul tu... boleh jadi kacau bilau hidup saya.
alhamdulillah...
salam perjalanan...
syukur akhirnya jumpa juga..
klau usaha kita tidak hanya sekerat jalan dan dekat dgn-Nya insyAllah jumpa jugak..
Post a Comment