Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Wednesday, 29 October 2008

Bendigo dalam Kenangan: Kecil Tapi Meriah

Rekreasi memang telah menjadi budaya di Bendigo. Orang di sini memang suka berekreasi. Cuti hujung minggu memang mereka gunakan sepenuhnya sekurang-kurangnya untuk beriadah bersama keluarga di Taman-Taman Rekreasi. Bagi yang mampu pula akan menyewa caravan untuk bercuti.


Budaya berbasikal memang telah lama wujud di sini. Setiap pagi dan petang akan ada orang yang akan berbasikal di sepanjang jalan yang sememangnya telah disediakan laluan untuk pengguna basikal. Bagi yang suka berjalan atau jogging pula, masih perbandaran di sini telah menyediakan laluan khas untuk mereka. Jadi tiada masalah conflict of interest di kalangan pengguna kenderaan bermotor, basikal dan pejalan kaki. Yang pentingnya juga, semua pengguna berdisiplin dan mematuhi undang-undang.

Penduduk di Bendigo hanya lebih kurang 81,000 orang. Bandarnya adalah yang ketiga terbesar di Victoria iaitu selepas bandar Geelong dan bandaraya Melbourne. Budaya berekreasi di kalangan masyarakatnya telah menarik beberapa syarikat besar yang mempunyai rangkaian kedai peralatan rekreasi luar di Australia untuk membuka cawangannya di Bendigo. Tidak kurang dari 5 kedai yang menjual peralatan rekreasi luar yang beroperasi di Bendigo. Antaranya Snowgum, Ray's Outdoors, Outbound Camping, Kathmandu dan Aussie Disposals.



Tidak mustahil suatu hari nanti negara kita juga akan dilanda demam rekreasi luar di mana setiap hari kita akan mendengar orang bercakap tentang aktviti luar. Orang meancang ke mana mereka ingin pergi pada hujung minggu. Apa projek-projek besar yang akan mereka rancang berkaitan aktiviti rekreasi luar pada tahun tersebut dan macam-macam lagi berkaitan rekreasi luar. Mungkin juga akan ada di dalam akhbar-akhbar tentang berita-berita terkini tentang rekreasi luar. Tidak mustahil juga Berita di rangkaian televisyen yang akan menyampaikan maklumat terkini berkaitan aktiviti rekreasi untuk sepanjang hari yang berlangsung di seluruh tanahair.

Mungkin imaginasi saya ini jauh dari realiti. Tapi segalanya mungkin.

6 comments:

Anonymous said...

Syam,

Betul cakap Syam, bila Malaysian akan berada dalam budaya bersukan seperti Bendigo man?

Rakyat kita masih terkapai-kapai untuk berdikari mencari rezeki halal mana ada masa untuk rekreasilah seperti tahap itu yeh yeh yeh

Walaubagaimanapun,syam punyai idea macam ini memang betul sebab Syam ialah outdoor educationist.

Saya pula berpandangan bahawa polisi sukan negara serta dasar pendidikan negara harus dimurnikan serta berkesinambungan ke uda- dua pihak dulu dan baharulah berchange keujudan "Budaya Sukan Negara", faham apa I cakap? tak pun tak apa saya cuma cakap kosong saja. Bye.

zainal said...

salam...

Rezeki keluar negara biasanya akan menambah pengalaman dan membuka mata kita. Budaya negara sukan dan rekreasi sebagai cara hidup masih jauh dari rakyat malaysia. Ramai pencinta rekreasi kita berpendapat...rekreasi musti mencabar dan hanya utk org yg macho dan kuat. Bila berjalan kesan-sini dgn haversack mahal, peralatan rekreasi bagus dah kembang idung. perasan sumua org tengok dia...Luar negara itu pemandangan biasa.

Namun, rakyat m'sia sudah mula melihat rekreasi sebagai satu keperluan riadah. Sudah ramai keluarga di Malaysia meluangkan masa bercuti bersama-sama di tempat rekreasi. Dulu, kalau nak rekreasi ajak kawan-kawan je.

So...tanggung jawab ko sangat besar untuk mendidik rakyat malaysia untuk lebih menghayati rekreasi dan menjadikannya sebagai gaya hidup....jangan malass-malas...he..hee

hisyamchemat said...

Mr Tan (kalau betullah tekaan) & Kudult,
Saya juga merasakan sistem pendidikan kita perlu dibuat permurnian semula (review). Ini bagi mengelakkan generasi yang akan terhasil nanti menjadi exam-oriented di mana kita hanya melihat kepada kecemerlangan akademik semata-mata tanpa menilai aktiviti ko-kurikulum pelajar terbabit. Insyaallah ianya akan berubah suatu hari nanti. Sama-samalah kita doakan supaya anak-anak kita akan dapat merasa nikmat sebenar berekreasi dan bersosial supaya mereka tidak menjadi robot dan anti-sosial.

teamtact said...

setuju...

pada pendapat saya, rekreasi adalah perlu... jesteru itu "review" seperti yang bos cakap tu perlu ada kerana rakyat malaysia sudah pun mencipta budaya rekreasi mereka sendiri.. bak kata Mr.Tan (kalau betul), rakyat Malaysia sibuk mencari duit.... tetapi kalau kita tengok dan study balik... adakah mat-mat rempit sekarang mentafsirkan aktiviti mereka sebagai rekreasi... maka bagaimana pulak dengan mereka yang mengunakan recreasion drugs sebagai rekreasi... dulu clubbing mungkin salah satu cara untuk berrekreasi...tapi sekarang clubing kena di sertakan dengan ecstacy dan liquer baru recreasi...

jadi biar la mereka bangga bila bawak haversack mahal atau bangga letak crab di tali pinggang mereka dari mereka bangga berekreasi dengan cara mereka yang tidak betul...

mungkin juga di sekolah-sekolah perlu ada syllabus baru tentang rekreasi atau diselitkan dengan subjek pendidikan jasmani kerana daripada cerita2 di televisyen yang saya tengok... sekolah2 di sesetengah negara luar akan menjadikan aktiviti summercamp di musim summer dan sekaligus menyedarkan mereka kepentingan rekreasi dan terus menjadi budaya berekreasi apabila musim summer...

rekreasi perlu dijadikan budaya di malaysia...

sory la panjang... dah takda blog...hehehe...

MuScLEgAiN said...

macam-macam pendapat .... bagi meluaskan bukan perkara yang semudah abc.... tak sesusah sampai hujung hati.... dimana ada permulaan pastinya ada hujungnya.... yang penting bersatu .... untuk mencapainya.... mesti boleh.... perjuangan yang kental dan istiqamah pasti ada kejayaan yang cemerlang... halangan hanyalah mainan hidup kepada kita semua... sekian... doaka saya berjaya fo my final exam.... mintak maaf bbyk en. sbb buku log tak hantar.... kecuaian saya buku tak jumpa.... redhakan ilmu en....

teamtact said...

wah....musclegain

buku log tak anta... emmm...apakah agak nya yang menjadi "halangan atau mainan hidup" musclegain utk antar buku log.....

gud luck lah.....