Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Monday, 20 October 2008

Beri Peluang

Betul tu, kalau bukan kita yang beri peluang siapa lagi yang boleh diharapkan.

Untungnya UiTM ini, memberi peluang untuk saya meneroka bidang baru. Program rekreasi luar untuk orang kurang (OKU). Program yang turut memberi peluang kepada OKU untuk terlibat secara aktif.

Dahulu semasa belajar di UPM, ketika tengah betul-betul aktif berekreasi memang tak pernah terlintas pun di pemikiran saya untuk mengajak OKU untuk turut sama terlibat di dalam program saya. Kami pun tidak didedahkan dengan aktiviti yang mengabungkan orang normal dan OKU.

Kini tidak lagi. FSR memang best, diberinya peluang kepada pelajar untuk menglibatkan OKU dalam program yang dirancang melalui subjek Leisure and Disabilities. Dengan cara ini pelajar mendapat ilmu dan pengalaman baru apabila berhadapan dengan golongan OKU ini.

Kalau dulu, orang terlalu berhati-hati untuk berhadapan dengan OKU. Dahulunya OKU dipanggil orang cacat. Tak sedap bunyinya ditukar pula ke golongan istimewa. Tak lengkap pula rasanya, lalu ditukar pula sebutannya ke Orang Kurang Upaya atau OKU. Tak tahulah panggilan ini kekal sampai bila.

Apa-apapun panggilannya OKU ini sebenarnya adalah golongan yang sebenarnya berkeupayaan. Mereka mempunyai keupayaan masing-masing. Ada sesetengahnya lebih hebat dari kita. Mana taknya, ada di antara mereka yang tidak mempunyai kedua-dua kaki pun boleh berenang lebih laju daripada kita yang normal. Silap haribulan mereka pula yang menyelamatkan kita ketika hampir kelemasan di air. Jadi, jangan sesekali merendah-rendahkan mereka. Biarpun mereka ada kekurangan, namun Allah SWT menganugerahkan mereka kelebihan yang lain pula, yang mungkin tiada pada kita.

Minggu lepas sekali lagi saya dan 17 orang pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sukan (pengkhususan dalam bidang rekreasi)bahagian 4 berkesempatan mengendalikan program inclusive outdoor recreation untuk OKU. Aktiviti berkayak telah dipilih sebagai aktiviti utama dan dilaksanakan di Pusat Rekreasi Air, Putrajaya. Program ini menggabungkan orang normal (pelajar-pelajar UiTM) bersama-sama OKU dari Bengkel Daya Klang dan pelajar OKU yang menuntut di UiTM Shah Alam di dalam satu program rekreasi luar.

Hasilnya sungguh menakjubkan. Peluang untuk melakukan aktiviti rekreasi luar ini tidak disia-siakan oleh peserta yang terbabit. Mereka melakukan aktiviti berkayak dengan penuh bersemangat. Sesungguhnya mereka cukup gembira. Saya sungguh teruja untuk terus berbakti kepada mereka. Keceriaan jelas terbayang di wajah mereka setelah menamatkan aktiviti kayak. Berbaloi cuti hujung minggu yang tidak saya ambil rasanya. Mungkin bagi golongan OKU pula, inilah peluang mereka sekali seumur hidup. Ini kerana mereka tidak pernah berpeluang melakukan aktiviti sebegini sebelum ini.

Selain daripada itu terdapat juga ibubapa dan pelajar FSR sendiri yang sanggup menaja makanan, T-Shirt dan aktiviti untuk menjayakan program ini.

Semoga program sebegini akan terus mendapat sokongan daripada semua pihak. Janganlah kita biarkan golongan OKU terus terpinggir. Sama-samalah kita libatkan mereka di dalam aktiviti harian kita.

1 comment:

yazilahyazir said...

salam boss..
mmg, org OKU ni kekadang tu mmg abilitynya lagi bagus dan hebat dari kita. masing2 ada kelebihan. mereka dipanggil 'org istimewa' kerana mereka mmg mempunyai keistemewaan yg tersendiri. Saya penah berjumpa dengan seorg OKU ni masa di Bangi untuk subject disable, dia dah melakukan lebih dari 45 terjunan parachute dan larian untuk 100 meter adalah dibawah 11 saat. Hebatkan?..mmg hebat. tp saya lupa namanya siapa. heheh.