Alhamdulillah Rumah Terbuka Aidilfitri telah selamat dilaksanakan. Memang meriah. Kehadiran jiran tetangga dan saudara mara yang berada di sekitar Lembah Kelang sudah pastilah sangat saya hargai. Turut memeriahkan majlis adalah dengan kehadiran rakan rakan sepejabat bersama ahli keluarga masing-masing, ahli-ahli dan alumni PERLU serta para pelajar FSR. Tak lupa juga kemunculan di saat-saat akhir majlis iaitu saudara Yusran dan Azharudin sekeluarga.
Penat lelah seharian saya dan Liza hilang dek serbuan tetamu yang datang. Liza dibantu oleh beberapa orang ahli dan alumni PERLU seperti Dilla, Lenny dan Yasir. Shawn, Hafiz dan Malin sanggup mengeluarkan duit poket untuk menaja ayam untuk dipanggang,. Terima kasih semua yang membantu.
Maafkan saya sekiranya terdapat kekurangan di dalam menyajikan makanan ataupun kelemahan saya di dalam melayan anda yang hadir. Saya sekeluarga mencuba sebaik mungkin untuk melayan semua tetamu yang hadir seadil mungkin.
Insyaallah sekiranya ada rezeki kita jumpa untuk rumah terbuka yang akan datang. Doakan kesejahteraan saya sekeluarga.
Foto-foto sekitar majlis
15 comments:
salam boss..
saya tgk gambar kat blog org lain, bestla kan..hehehhe
Alhamdulillah..semuanya berjalan dengan lancar...
dengar cerita dari rakan yg lain, mmg malam tu makanan kat umah boss sedap dan best..hehheh
Takdala apa-apa sangat. Nasi beriani ditempah. Liza and the gang kat dapur cuma sediakan bihun sup dan minuman saja. Shawn, Mus, Tengku dan Ayu tolong marinate ayam untuk BBQ.
tak pe bos, suka bab makan ni ramai-ramai ni. merapatkan ukhwah...
hehee..
trima ksih bnyk2 boss diatas jemputan dan hidangan...insyallah, sy doakan...
salam perjalanan...
terima kasih boss..
Selamat Hari Raya En Hisyam Maaf Zahir & Batin. Thanks sebab jemput kami hadir di majlis Open House tempoh hari...
sya pon nk ucap terima kasih sbb sudi jmput sya sbgai pembantu chef..masakan kak liza best,bertambah juga kte mkn bihun sup tu..thanks..
Thank u very much boss...
Bihun soup memang champ bos...
Serius memang boleh buka kedai...
Dua kali tambah lagi...
nak masuk kali ketiga macam melampau lak nati..
hahaha
Taking Care
Tenkiu
Mungkin boleh Boss boleh initiate lagi kot... Masa cuti Deepavali kan cuti panjang sampai Senanyan ....
Cheers...
Salam.
Sory tak dapat datang. Mungkin di lain kesempatan.
PS: Doc Wan ada call aku. Dia jemput kita raya kat umah dia...jom pi raya ramai-ramai.
ade lagi ke boss saki-baki cekot raye yg tinggai?anto le kat kami ket..kehkeh
salam hic mat
terima kasih di ucapkan diatas jemputan...semoga panjang umur boleh jemput lagi:D
Salam En. Hisyam
Maaf kerana tak dapat hadir. Kalau saya ada peluang ke Shah Alam dalam masa terdekat ni, kalau diizin Tuhan, InsyaAllah saya singgah ke rumah en. Syam. Bila nak singgah Bandar Penawar? Sini ada laut, boleh picnic. Hehehe..
thank you very much... saya dah kenyang makan malam tue... selamat hari raya dan harijadi kepada puteri en ... insyallah andai murah rezeki saya dah kawin ada rezeki lebih saya jemput en... thank a lot...
Post a Comment