Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Thursday, 23 October 2008

Never Learn!

Kenapa sampai jadi begini? Dah dekat hujung semester tapi perangai taaaaaaak juga berubah. Masih juga lewat. Nak kena ketuk baru bergerak. Saya dah jadi penukul la pulak.

Apa yang susah sangat bangun pagi? Susah tidur malam ka sampai terlewat tidur dan terlajak. Aduh... pening memikirkan gelagat budak-budak ni. Pagi-pagi lagi dah buat B.P. naik. Mungkin bagi sesetengah orang nampak macam saya membuka pekung pelajar sendiri. Tapi niat saya supaya ianya menjadi pengajaran sepanjang hayat kepada pelajar dan penjenguk sekalian. Berubahlah. Tepatilah masa. Rajin-rajinlah bangun pagi. Gunakanlah malam untuk berehat dan siang untuk mencari rezeki dan menuntut ilmu. Berbezalah pula kalau orang yang mencari rezekinya di malam hari. Jadi tak dapatlah kita nafikan waktu siangnya digunakan untuk melelapkan mata.

Saya masih berharap agar pelajar ini berubah. Saya yakin mereka mampu. Mungkin 'nur' nya belum sampai lagi. Mungkin juga belum terbuka mindanya. Masih seronok dengan zaman berpesta tanpa memikirkan cabaran hari mendatang.

Kita semua pun sudah tentunya sedia maklum dengan Firman Allah di dalam Surah Ar-Ra’d ayat 11 yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum (bangsa) melainkan kaum itu sendiri mengubah nasibnya”

Walau jelekpun kelakuan mereka. Pelajar ini tetap anak murid saya. Mereka masih belajar. Saya pun masih berhati perut. Saya bukakan pintu yang berkunci untuk mereka yang lewat memasuki dewan dan seterusnya menjawab soalan ujian. Masa menjawab menjadi singkat akibat kelewatan dan kelalaian mereka.

Semoga mereka tergolong di kalangan mukmin yang berjaya dan ingin berubah. Hanya masa yang akan menentukannya.

8 comments:

aboy said...

Harap2 budi bicara boss di balas dengan kejayaan yang cemerlang di dalam subjek tersebut...InsyaAllah...

aboy said...

pada sesape yang makan cili tu,Buktikan yang anda boleh...Buktikan dengan kejayaan...All the best..

yazilahyazir said...

salam boss...
kesian kat boss..saya rasa kalo budak2 ni belajar sama batch ngan saya, dah 'selamat' agaknya. Kami dulu tak berani nak dtg lambat or susah nak bagi commitment kat class. Rasanya pendekatan yg boss berikan sama saja, tiada kurangnya tetapi pelajar sendiri yg 'memcabar' keadaan. Apa yg diaorg tunjukkan sekarang, mencerminkan apa yg akan berlaku akan dtg dan yg paling penting, mencerminkan 'diri mereka' sendiri.
To my boss...stay strong, i'm sure ALLAH swt will always give u ways to solve this matter and ALLAH swt always protect u no matter what happen coz u're a great teacher and a great person...Amin

HiCMat said...

Razif & Yazilah,
Saya cuba yang terbaik. Harap mereka pun cuba bagi yang lebih baik.

teamtact said...

salam Rekreasi...

betul bos..dulu saya tak berani nak masuk class bos lambat-lambat... kawan-kawan saling ingat mengigati kalau ada yang agak lewat... tapi skarang lain... jgn kata datang lambat...berani sampai tak pegi class bos 2,3 kali direct..

insan... lupa

HiCMat said...

Saya lembik ka sekarang?

ADDIN "My Life Is Beautiful" said...

salam hicmat,

Manusia, manusia itu terleka dan alpa....bagi je pelajaran, mungkin dengan impact maksima membuatkan mereka remp it dan terus menjadi manusia dan berguna...never learn...hang dah jadi terlalu cool ka???...hai lemak manis sudah naik kepala..rapla jingga bak kata mat gym suatu masa dulu

Ahmad Firdaus Ibrahim said...

Hisyam Che Mat TIDAK PERNAH SEKALI PUN LEMBIK. Saya tau en syam orang yang kuat, banyak kan bersabar en. syam. Saya sentiasa sokong en syam.