Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Friday 7 November 2008

Boleh Ke?

Azmi akan ke Outward Bound School Malaysia, Lumut (OBS) pagi ini untuk ditemuduga. Temuduga untuk menentukan masa depannya di dalam bidang rekreasi dan pendidikan luar.

Saya mempunyai keyakinan yang tinggi bahawa Azmi akan dapat bekerja sebumbung bersama-sama instruktur yang hebat di sana nanti. OBS sememangnya tempat yang telah melahirkan instruktur yang hebat di dalam pendidikan dan rekreasi luar. Bekas pelajar/peserta dari OBS atau dikenali sebagai ex-bounders juga telah ramai yang menjadi pemimpin-pemimpin di sektor awam dan korporat. Ramai juga pemimpin negara yang pernah menjalani program di sini. Azmi mempunyai tanggungjawab yang besar sekiranya beliau diterima bekerja di OBS.

Kalau diikutkan pemerhatian saya Azmi sememangnya telah banyak berubah. Perubahan positif itu dapat saya kesan semenjak dari awal saya mengenali beliau sehinggalah saya menyelia projek penyelidikan tahun akhir beliau. Dahulunya Azmi sukar untuk bercakap di hadapan, terutama apabila semua mata memandang ke arahnya. Pemalu. Saya pernah menyakat beliau. “Hang ni hisap dadah ka?”, sakat saya ketika pertama kali Azmi memperkenalkan diri dengan memegang kayu sebagai tongkat) dan terhoyong-hayang gerak badannya di dalam sesi suaikenal Amali Asas Perkhemahan di Taman Pertanian Malaysia Bukit Cerakah. Azmi tersentak dan menafikan.


Azmi mempunyai karakter yang hampir sama dengan Kudult, sahabat baik saya semasa belajar di UPM dahulu. Mereka pendiam dan terlalu kreatif. Kedua-duanya ringan tulang dan disenangi oleh rakan-rakan. Yang membezakan mereka hanyalah pengalaman. Kudult mempunyai pengalaman selama lebih 6 tahun di OBS manakala Azmi pula baru nak memulakan kerjaya. Walaubagaimanapun, Azmi perlu meyakinkan penemuduganya terlebih dahulu sekiranya beliau ingin memulakan kerjaya barunya di OBS.

Semoga Azmi terus berjaya mencapai impiannya.

p/s: Coretan ini hanyalah daripada pemerhatian saya semasa beliau berada di FSR. Selainnya terserah kepada pemerhatian penjenguk sekalian.

6 comments:

Lennyek said...

semoga cita-cita dia utk bekerja di OBS menjadi kenyataan...Amin..

FoO dA fIrSt#1 said...

moge mu berjaye, abey mie.....

wegreentheearth said...

insyaallah..
beliau memang berharap dan amat berkeyakinan untuk memulakan kerjaya beliau di sana..
selamat berjaya azmi...

MuScLEgAiN said...

mustahil ker....
tak kot....
boleh ker...
semestinya boleh.. dimana ada kemahuan disitu ada jalan...
may god bless you..

uMmI_07 said...

en hisyam..paper outdoor td mmg betul2 killer paper lah..
susah x..
senang pun lagilah x..
hanya boleh dijawap..huhuuu...

teamtact said...

salam Rekreasi....

Betul bos... saya adalah antara saksi yang melihat perkembangan azmi... saya amat yakin dengan azmi dan kunci kepada perkembangan azmi adalah beliau ikhlas dan serius apabila melakukan tugasan.

saya juga yakin ada seorang jedi dibelakangnya yang menjadi sumber inspirasi.....

tq...