Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Wednesday 26 November 2008

Masuk Berpakej, Keluar Berkelompok

Itulah yang terjadi kepada PERLU sejak dua menjak ini. Ada yang masuk kerana menuruti kawan dan seterusnya keluar apabila kawan yang dituruti tadi keluar atau tidak aktif lagi. Ada juga kumpulan yang merajuk hati akibat ditegur oleh rakan-rakan senior dan seterusnya menghasut kawan-kawan yang di dalam kumpulan mereka sebelumnya untuk turut angkat kaki.

Hidup berpersatuan ini memanglah banyak dugaannya. Setiap ahli tentu ada pendapat masing-masing. Dengan ahli keluarga yang besar ini sudah tentulah setiap ahlinya mempunyai pe’el masing-masing. Sepatutnya bila dah hidup berpersatuan tu semestinya sedia ditegur. Teguran itu tandanya sayang. Kalau tak biaq pi la apa hang nak buat. Bukankah ianya lebih mudah. Tapi hasilnya nanti tentulah menjadi halal balal.
Bagi yang menegur pula, gunakanlah kaedah yang terbaik untuk menegur. Ini kerana ada yang ditegur itu, tak dapat menerima cara teguran yang diberikan. Ya lah kadang-kadang tu adayang berkata, “Mak bapak aku pun tak pernah tegur begitu kasar”. Jadi kenalah juga secara berhemah. Apa boleh buat, zaman dah berubah.[Nota: Tapi maaf, pendekatan kem saya tidak pernah berubah]

Hidup berpersatuan ini memanglah tidak ada bayaran. Keluar duit lagi ada. Semuanya secara sukarela bukannya paksarela. Namun saya yakin imbuhannya akan datang kemudian.

Suatu ketika dahulu, semasa hidup berpersatuan di UPM saya sendiripun tidak pernah memikirkan hal duit apabila beraktiviti. Setiap hujung minggu ada sahaja program rekreasi yang saya sertai samada sebagai peserta mahupun sebagai instruktur. Nak dijadikan cerita, saya dijemput untuk membantu sebuah konsultan untuk menjayakan Summer Camp semasa cuti sekolah untuk budak-budak sekolah (anak orang berada). Saya seperti biasa tidak pernah bertanya berapakah bayarannya untuk saya. Alhamdulillah, saya dibayar ketika itu RM150 sehari, untuk 4 malam. Wow! Terkejut beruk saya apabila menerima wang tunai RM600 beberapa hari selepas program tamat. Tak sangka sungguh.

Nasihat saya senang sahaja. Biarlah orang lain yang menilai kualiti dalam diri kita. Jangan mudah tersinggung apabila ditegur. Mungkin teguran yang diberi itu boleh memalukan kita. Sampai jatuh maruah orang kata. Apa salahnya terima sahaja sekiranya teguran itu baik untuk pembinaan diri kita.

Kita mungkin ada mendengar atau menyaksikan sendiri rakan-rakan atau ahli keluarga kita melompat kerja. Apalah sebabnya ye? Mungkin kerana gaji yang lebih lumayan di tempat kerja baru atau mungkin juga tidak tahan ditegur. Tapi hati-hati ye, jangan disangka padang disebelah yang menghijau itu indah sentiasa, entah-entah ianya beracun.

Maka… untuk menjadi graduan yang mantap, anda perlu mempunyai daya tahan yang tinggi. Jangan hanya mempunyai SEMANGAT K*** kata Dr Wan Sabri. Tak perlulah saya terangkan tentang semangat tersebut di sini. Ini kerana anda semua tentu semuanya telah sedia maklum.

21 comments:

yazilahyazir said...

salam boss...
mmg betul apa yg boss ckp..
benda ni saya rasa jd kat semua batch Perlu termasuklah batch saya sendiri...Saya pun pernah ditegur banyak kali dan tanpa jemu gak saya cuba baiki segala kelemahan. Mungkin persepsi org yg masuk Perlu sekarang hanyalah untuk glamor atau ada niat lain. Mereka tak nampak hala tuju yg sebenar hidup berpersatuan. Perlu dan boss banyak mengajar saya. Saya rasa kalau saya tak masuk Perlu, mungkin saya tak berada di tempat yg saya berada sekarang.
Takpa boss..selagi saya berdaya dan diizinkan ALLAH swt, saya akan sentiasa bersama PERLU dan sentiasa menyokong En. Hisyam Che Mat....

hisyamchemat said...

[... hanyalah untuk glamor atau ada niat lain.]
Yazilah, saya rasa sesetengah orang masuk persatuan untuk diisi dalam RESUME depa ja. Kononnya bakal majikan tengok depa aktif. Padahal, habuk pun tarak.

Anonymous said...

ADEK-ADEK N KAKAK2 N ABANG2 SEME
pengalaman masok persatuan PERLU terlalu banyak yg indah..klu xkerana PERLU saya rasa saya masih katak kodok yg dok dlm kasot keje..tempurung susa nk jumpa skg..keh3..
yg mana baek kite jd kan sebagai ikutan dan yg xelok kite jdkan sebagai cabaran..
saya selalu dinasihati, dikondem, dikutok, diperli pown slalu, masa bersama geng PERLU dan skg, wpun da xaktif..masih ad dgr2 sound yg xbest lg pasal PERLU..
bukan senang nk handle persatuan..klu ada 10 kepale pon dah ada 10 pe'el..tapi klu nak persatuan jd BEST N MANTAP apa yg pernting??mestilah KERJASAMA..
menurut hasil kajian pakar kaunseling golongan peringkat umo yg lahir pada tahun1982 kebawah adalah golongan yg boleh menerima nasihat dan peringkat umo 1983 ke atas dan sekarang tidak mudah menerima teguran ini adalah golongan 'apatah istilahnye..lupe plak..huhu..xcaye?xpele..
wahai kawan2 PERLU yg sangat saya hormati..PERLU banyak membantu kita hidup seharian..tanyalah senior2 yg da keja n berkeluarga skg..kiter jangan mudah melenting bila ditegur..
kalu xboleh ditegur langsung erm..uat club sendirilah..club yg meletakkan polisi 'barang siapa yg menegur atau mengondem saya maka secara aotumatik akan di'tendang' kua dari club'..
pada abang2 n kakak2 yg masih aktif mengendalikan PERLU plak jangan marah2 sangat pd adek2 yg baru setahun jagung 2..nak tegor bak kata en syam bia ada kaedah yg betol n sesuai..nada suare kiter nie kadang2 xcident gak..terkuat, terlantang, perli2 tue klu org len xbiasa..jangan buat k..
sayangilah persatuan yg anda sertai..
HIDUP PERLU n terus perjuangkan PERSATUAN PEMBIMBING REKREASI LUAR UITM..

teamtact said...

salam rekreasi....

Alhamdulillah saya diterima masuk menjadi ahli PERLU walaupun ada masalah yang saya timbulkan sewaktu finalcamp saya....

kalau nak dikirakan terasa hati atas teguran.....SubahanAllah... banyak la sangat.... yang paling saya terasa bila sampai di cuping telinga ada yang menyesal mengambil kami menjadi instructor.... (kami tu 13 ghost)..

tapi bila di ingatkan memang wajarlah sekiranya benar apa yang didengar kerana kesilapan yang dilakukan juga setimpal...

tapi kami tak putus asa.... kami teruskan perjuangan..... balik dari praktikal kami bagi komitmen yang tinggi.... apa org kata.... apa org cakap kami terima... betul kami simpan... tak betul kami buang... apa perkara negatif yang ditujukan pada kami.... kami tutup mulut mereka dengan program..... bila program kami anjurkan depa tak p...dan tak semena-mena buat kesimpulan program kami tak berjaya.... kami buktikan dengan program lain..... dalam masa yang sama kami merapatkan diri dengan senior kami (pada masa tu tak da alumni) lama kelamaan kami menjadi sebuah kelarga yang mengasihi antara satu sama lain......

ingat la kawan-kawan jangan ada hati yang busuk dalam persatuan.... ikhlas bila buat kerja.... jangan la bagi alasan2 bodoh kerana alumni yang ada ni juga pernah duduk di kerusi student...

P/S : saya cadangkan ahli persatuan yang ada sekarang supaya ada kan satu program teambuilding... teambuilding ni tak semestinya untuk kumpulan yang takda kesepakatan... tapi untuk kumpulan yang sentiasa inginkan sesuatu yang luar dari yang biasa. mungkin penasihat,presiden dan MT boleh timbangkan cadangan saya.

p_yan1511 said...

kenapa ye adik2 kite mcm tu....
buat la sesuatu yg terbaik untuk diri sediri dan persatuan..... buat pilihan yg terbaik.. yg ada di hati anda.... bukan yg ada pada org lain... mula2 nak belajar memang la mcm tu.. bayak teguran dari yg lebih tua dan yg lebih tahu.. saling menghormati tu sangat penting..

Rindu Alam Indah said...

rase nye kite kne tgk dari kedua2 belah pihak..

yang ditegur jgn terlalu manje..
yang menegur harus berpada..

cam pantun plak..huhu..
karam singh walia untuk PERLU

Roland Robert Imbang said...

Bos,

Kalau nak cerita pasal outdoor kat Miri ni takde plak yg menarik setakat ni. Saya pun terkapai2 dok carik mana port boleh join mana2 group or organisasi yang buat outdoor. Kalau tak silap saya ada satu kelab rekreasi yang aktif kat Miri ni tpi kebanyakkan untuk golongan berada (depa yang keja dlm industri oil & gas mcm PETRONAS & SHELL). Nama kelab tersebut HHH kalau tak silap. Kalu ada berita menarik nanti saya habaq kat semua. Takut2 kalu saya buat kenyataan yang tak betul sebelum siasat betul2, nanti kena hamtam (bak kata check)..:)

Salam...

Kelab Kepimpinan dan Kejurulatihan Rekreasi Luar said...

En Hisyam,

Saya juga mengesan fenomena ini pada junior kami. Mungkinkah zaman berubah?

Untuk menangani masalah ini, saya masukkan modul baru yang mungkin senior tak tekankan...sebenarnya modul ni bukan baru, tapi mungkin tak dianggap penting.

Dalam Tone Setting, saya cuba buat Full Value Contract.

Sekadar perkongsian...saya percaya rakan2 di sini tentu lebih arif.

teamtact said...

salam rekreasi....

FVC telah pun kita lakukan dengan cara yang terbaik saya kira.... tapi mungkin ada lagi yang perlu ditambah atau belajar.... harap kita boleh bertukar-tukar teknologi. tq...

Anonymous said...

Salam.

En Hisyam, benarkah selepas ini UiTM akan membuat sistem Cluster dgn memindahkan Sport Recce ke Arau, Perlis (negeri saya?).

hisyamchemat said...

Amin,
Maaf. Saya pun kurang pasti. Saya pun nak tanya dari sumber mana hang dapat tau.

sname said...

Salam Bos...
Pertama-tama kalinya saya memohon maaf utk apa yg berlaku sepanjang saya menjadi ahli PERLU...Hehehe =)

Yang keduanya, Jutaan terima kasih yg x terhingga..
Kerana sepanjang saya menjadi ahli PERLU banyak yang saya belajar.

Ketiganya saya sebak kerana masih teringat malam di rumah bos. Saya terharu kerana PERLU ni lah bos dah boleh baca saya nih mcm mana..mungkin... =)..
macam bos ckp la PERLUkan keluarga..

Saya berterima kasih banyak...

Kak ija Sihat bos??
Kem salam semua...
Bln ni bz skit sbb Asean University Games...

Lennyek said...

salam...

sya sbagai ahli juga sedih dgan ahli skrang..dulu time sya,senior2 lg ramai(dah jd ALUMNI)..sya kena hntam lagi teruk,tapi sya xcpt mlatah..sya fkir balik apa yg mereka ktakan.kalo ada salah silap,sya prbtulkan..yg baik sya amik,yg buruk syg buat xtau..sya bkn nk ckp sya ni bagus,tapi kebnyakan ahli yg baru xboleh trima teguran..mesti melenting..dpn kte okey je,tpi bila dok blkng kita,dok ckp bnda xelok pasal persatuan...sampai ada budak yg nk pg t.o.t pon cncel dari nk join...hurmm...

sya pun xtau nk ckp cmane lg dah dkt dorng..ckp elok2..skejap je masuk lam tlinga..pastu kuar balik..mngin bg dorng sya blm ckup layak utk menegur...

sya mngharapkan MT baru dapat buat suatu perubahan utk persatuan...

jgn la mnghrapkan 'glamour' semata2 bila join persatuan..hidup berpesatuan kena lah bekerjasama..bkn ikut kepala sendri je...

hidup PERLU!!!

hijau bumi Tuhan... said...

salam...
benar bagai dikata...
yg muda haruslah belajar menerima teguran...mmglah teguran tu kdg2 agak terlampau dan sukar diterima...tp sbg org yg terpelajar, rasanya kita bleh gunakan akal fikiran utk mnerima yg baik dan menolak apa yg tidak...elakkan tindakan mngikut hati...

yg menegur pun, biarlah dgn cara dan sifat seorng abg atau kakak yg sentiasa ingin membimbing... biarlah teguran tu ada 'debrief'nya semula supaya adik2 ni faham dan tidak terpinga2 bila disembur...mereka masih muda dan perlu dibimbing...sma juga kita, tetap perlu dibimbing oleh org yg lebih tua dan berpengalaman...


salam perjalanan...

wegreentheearth said...

salam bos...
masing2 ada niat yg tersendiri samada +ve or -ve..
yg penting diri sendiri...
kalu btl nawaitu dlm diri dijerkah mcmana pun akan stay dlm persatuan..
dipupuk dan dibelai mcmcna lembut pun kalu nawaitu yg -ve diorg akan blah....
so kepada kawan dan lawan tepuk dada tanya hati..
betulkan niat kita semula...
cheers..

Stoner said...

Assalamualaikum bos

Erm kepada semua rakan dan junior

Tabahkanlah hati dan sedia menerima teguran.

Hidup dengan PERLU ni banyak faedah yang kita tak dapat cari di mana-mana. Ramai di antara alumni yang telah berjaya ke depan (keluar dari kepompong hidup menjadi follower) sejak menjadi ahli PERLU. Ada yang telah mempunyai syarikat sendiri, ada yang menjadi instruktur di syarikat antarabangsa, ada yang menjadi pegawai kerajaan, tidak kurang ada yang lari bidang menjadi eksekutif syarikat besar tetapi masih bergiat aktif dalam rekreasi. Semuanya kerana mereka mampu mengubah diri mereka semasa aktif dengan PERLU. Anda bukan sahaja belajar skil, tetapi anda akan belajar cara mengubah diri anad.

Jadi janganlah kita hanya menjadi follower sepanjang masa. Bila kawan keluaq PERLU, semua pun ikut. Mana tau nanti kawan makan t*ik, kita pun sama join.

huhu

Anonymous said...

Saya terdengar dari seorang kawan baru ni. Katanya UiTM nak cluster untuk optimumkan budget. Nanti jadi macam UPM, dah tak menarik bila semua budak hutan duduk satu kolej, budak lain duduk satu kolej lain. balik2 muka tu juga..hehe

Anonymous said...

im not one of the PERLU members but i have deal wif PERLU b4... pd pandangan sy mereka y join PERLU ni harus tahu objektif sebenar persatuan ni...or mb to join PERLU they can pay back their revenge.mane la tahu kn...final camp y menyakitkan hati...ble berada dbwh segalany negetif n hati pn berkata "tgu la ak balas semula"...tp ape2 pn ALLAH s.w.t lbh mengetahui segalanya...yg benar ttp menang menangani dugaan yg kalah bertaubatlah sementara masih ada masa..

Apize said...

Salam

Saya sebagai T.O.T Bacth ke 9,turut berasa kesal dengan keadaan ini dimana batch ke 9 lah yang banyak menngundurkan diri dari Persatuan. Apatah lagi sebilangan daripada mereka itu daripada kelas saya sendiri,saya rasa malu. Namun saya tetap setia bersama persatuan tanpa mengikut kehendak yang lain, kerana saya menpunyai keinginan untuk belajar ilmu outdoor itu amatlah tinggi. Untuk mendapatkan ilmu, memang cabaran perlu ditempuhi. Ilmu yang senang diperolehi akan senang dilupakan kerana kurang nilai usaha dan penghargaan. Bila kita menghadapi kesukaran untuk mendapatkan ilmu, kita akan menghargainya selama-lamanya. Segala teguran dalam persatuan saya ambil pengajaran dan iktibar darinya walaupun kadangkala pahit untuk ditelan,tapi "alah bisa tegal biasa".

Selepas ini,insyaallah saya dan juga 8 orang rakan sekelas saya akan menjalani praktikal di Wilderness Centre Langkawi. Semoga kami semua dapat mendapat ilmu yang berguna disana. Saya akan mulakan semula dari KOSONG.Belajar dari mula. Kerana persatuan PERLU menjadikan saya seorang yang cekal dan bersemangat untuk mendapatkan ilmu untuk bekalan masa hadapan.

Terima Kasih PERLU, saya akan kembali dengan ilmu yang akan saya kongsi bersama persatuan.

Anonymous said...

3 April 2009 (out of date)hopefully En.Syam terbaca..klu x nk wat camna..saya yg ketinggalan..hehehe..kira cam melepaskan rindu dan rasa jela post note ni...
Dear En.Syam....
Banyak perkara dan kejadian yg saya dah ketinggalan rupanya..
Memang patut saya wujudkan blog ni.Dah lama saya pendamkan rasa rindu untuk berkumpul semula dengan keluarga PERLU.
Baru2 ni saya terjumpa dengan salah sorang student yg pnh menyertai kem yg dikendalikan oleh team PERLU,sedih dan terharu bila dia bercerita yang PERLU skrg ni x mcm dulu....ramai yg bersekutu utk membenci ahli PERLU.terdetik di hati saya utk mengkaji sejauh mn kebenaran cerita itu dan jika benar apakah puncanya...
mngkn xde org tahu (melainkan suami sy,sebab saya selalu bercerita kat dia betapa saya rindu kehidupan berpersatuan dulu)yg hati saya masih di PERLU dan TIDAK mngkn saya akan lupakan PERLU.Wlpn sy sudah berkeluarga,itu bknlah alasan utk sy melupakan kehidupan saya dulu semasa berpersatuan....yang penuh dengan pengajaran yg murni...
Buat En.Hisyam Che Mat,smg Allah swt. membalas jasa baikmu

hisyamchemat said...

Puan Anonymous (SS),
Tak ada buruknya dengan PERLU (bukan nak membela membuta tuli). Puan pun pernah bersama PERLU kan... maka bersama-samalah membela PERLU (sekadar mampu).
Kita pun tak mau TRAGEDI MUKUT berulang. Apapun PERLU banyak membantu saya dan FSR tanpa mengira masa, tenaga dan wang ringgit.