Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Friday, 28 November 2008

Sedih dan Gembira

Liza tak boleh tidur semalaman. Katanya sakit-sakit badan. Kemudian mengadu pula yang saya tidur berdengkur. Jam 4 pagi sekali lagi saya dikejutkan katanya lapar pulak. Saya tak layan. Seorang diri Liza turun ke bawah. Jam 5 pagi Liza mengacau saya lagi. Tapi kali ini saya bangun. Air ketuban dah pecah!

Kelam kabut jugak saya dibuatnya. Dah janji dengan baby dalam perut supaya keluar hari Isnin depan. Namun perancangan Allah lebih muktamad. Manusia hanya mampu merancang.
Saya terus capai sejadah dan solat Subuh dan berdoa. Ya Allah, waktu belum masuk lagi. Itulah penangan kelam kabut nak sambut cahaya mata ketiga. Keluar lebih awal dari temujanji asal.

Semasa dalam perjalanan ke hospital, air mata mengalir sambil mendengarkan Zikir Munajat yang dialunkan di corong radio. Zikir tersebut dialunkan dengan penuh kesyahduan. Saya sekeluarga turut mengalunkan zikir tersebut. Namun di sudut hati saya sedih mengenangkan sesuatu untuk kesekian kalinya. Kalaulah arwah mak dan abah masih ada, sudah tentulah mereka akan turut bergembira menyambut kedatangan cucu mereka yang ke 6 [Nota: Kakak saya dah ada 3 anak]. Namun apakan daya, ketentuan Allah telah menetapkan yang saya anak yatim piatu ketika usia 17 tahun.

Ya Allah, Engkau limpahkanlah rahmat-Mu ke atas roh kedua ibubapaku. Tempatkanlah kedua mereka di kalangan orang-orang yang beriman. Ya Allah, Engkau kasihanilah kedua ibu dan bapaku. Kasihanilah mereka Ya Allah, sebagaimana mereka mengasihani dan mendidikku ketika aku masih kecil. Ya, Allah, Engkau ampunilah dosa mereka dan jauhilah keduanya daripada api neraka mu. Amin Ya Rabbal 'alamin.

14 comments:

sname said...

salam bos..
dah?
tahniah!!!
=)

putera puteri?

Liza Azahar said...

Asslamualaikum!
Tahniah!!!!

Harap-harap Liza dan si kecil sihat.

wegreentheearth said...

tahniah atas kedatangan cahaya mata yg ke3 bos...
putera ke puteri bos?

FoO dA fIrSt#1 said...

tahniah....
tak sabar nak tgk ahli keluarga baru....

Roland Robert Imbang said...

Pagi Boss,

Tahniah!!! Moga2 kehadiran ahli baru akan lebih menceriakan kehidupan En. Hisyam sekeluarga.Boy or girl?

Anonymous said...

tahniah En Hisyam.

semoga maruah agama tertegak dari bayi kecil ini satu hari nanti :)

warna warni kehidupan said...

tahniah en hisyam..
xsabar nk tgk baby...

teamtact said...

salam rekreasi,

tahniah la bos...semoga dia menjadi anak yang solehah dan tak pernah melupakan kedua orang tuanya seperti ibubapanya.... amin....

tolong jawab.... adik kamil n kamelia heroin la....

Anonymous said...

salam..

congratulation boss n kat kak liza n kat kakak kamelia n abang kamil..ada rezeki nti bolehla jumpe baby gurl yg baru nanti..

congratulation again!

apa nama di beri...

tracy

zainal said...

Salam..
Tahniah terutamanya kepada maknye yg menanggung selama 9 bulan...bapaknye tahniah sikit je...apa sangat le sumbangan dia tu....he..heee

hijau bumi Tuhan... said...

tahniah...
smoga dgn kedatangan ahli baru, dpt menambah seri dlm keluarga...
lepas ni kamil xleh le mnja2 lg, dh jadik abg, hehe...

sy doakan kak liza dan baby selamat, insyallah...


salam perjalanan...

Anonymous said...

tahniah bos. bertambah lagi rezeki bos lepas ni, kot2 dpt jd Prof. Madya Hisyam Che Mat..mana la tau kan, rezeki anak2.

ADDIN "My Life Is Beautiful" said...

salam kesyukuran,

hicmat,

alhamdulillah semoga dimurahkan rezki dan dilimpahkan keberkatan buat hicmat sekeluarga.

amin

farisz said...

tahniah bos.. smoga dgn khadiran baby baru ni akan mnmbhkn lg kceriaan bos seisi skluarga..