Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Thursday 13 August 2009

Dah Ditakdirkan

Begitulah takdirnya... Flora dan Agnes ditimpa kemalangan sebentar tadi. Kedua-dua mereka telah dilanggar dari sisi selepas selesai sesi amali Bubble Making Experience di kolam renang.

Inilah yang cukup saya membimbangkan saya beberapa hari kebelakangan ini. Setiap kali ada kuliah pasti saya nasihatkan para pelajar supaya menjaga kesihatan dan keselamatan diri. Mana taknya kem semakin hampir. Pelajar perlu bersedia dari segi mental dan fizikal. Kem memang memerlukan ketahanan kedua-duanya. Kalau tak bersedia maka hilang 'kenikmatan' untuk beraktiviti.



Sudah ditakdirkan mereka berdua yang terpilih untuk diduga oleh Allah subhanahu wata'ala. Mereka yang di dalam perjalanan menuju ke Stor Peralatan Rekreasi selepas tamat kelas saya telah dilanggar oleh sebuah lori betul-betul di simpang berhampiran pintu hadapan UiTM. Flora yang membonceng motosikal cedera [agak parah] dan terpaksa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. Agnes hanya cedera ringan dan dirawat di Pusat Kesihatan UiTM.

Alhamdulillah... kedua-duanya mempunyai ramai rakan-rakan kelas yang prihatin serta segera datang membantu ketika dihubungi oleh Agnes sebaik sahaja beliau terlibat dengan kemalangan. Rakan-rakan [ketika kesusahan] ini menguruskan kedua mangsa sehingga ke hospital dan di dalam membuat laporan polis. Sememangnya rakan ketawa senang dicari, rakan menangis...

2 comments:

apaiA4 said...

Salam...

Simpati terhadap 2 student yang terlibat dengan kemalangan, doakan agar cepat sembuh...

Kepada yang lain, agar lebih berhati2 semasa memandu....

Tnie said...

Salam...kisah ini pernah berlaku kepada 2 orang kwn saya dan juga slh seorang ahli PERLU...Siti Hasmah n Raja Nurul Shima...kejadian ini juga berlaku ketika kami semua sedang bersiap sedia akan Ke Final Camp Tasik Banding 2001...As n Kak Shima dirempuh kereta di hadapan pintu uitm...keadaan mereka agak parah dan hilang keupayaan seketika utk b,jln...namun kerana kekuatan sokongan sahabat handai, akhirnya mereka sembuh jua...buat flora and agnes...kuatkan semangat,semoga cepat sembuh...