Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Thursday 20 August 2009

Jangan Ganggu 'Aku'

"'Aku' memang tinggal di situ. 'Aku' memang lebih dahulu mendiami kawasan itu. Kamu yang datang menumpang ke tempat 'Aku'. Jadi kalau dah adat bertandang tu... buat lah cara bertandang. Masuk bagilah salam... tinggal pastikan bersopan.

'Aku' tahu kamu nak belajar. 'Aku' faham kamu mahu mencari pengalaman di kawasan tempat 'aku' tinggal. Tapi janganlah sampai kamu tak pandai nak hormat 'tuanrumah'. 'Aku' pun tak kisah apa yang kamu nak buat kat tempat 'aku' tapi jangan diganggu gugat 'rumah' yang telah lama 'aku' diami.

Prinsip 'aku' senang sahaja. Kalau kamu tak ganggu 'aku'... 'aku' pun tak ada alasan untuk mengganggu kamu. 'Aku' pun bukannya nak sangat mengganggu kamu. Menyusahkan sahaja.

'Aku sebenarnya gerun apabila terdengar ayat-ayat suci dan azan yang kamu alunkan. 'Aku' takut melihat kamu yang taat menjalani perintah Allah walaupun berada di tempat 'aku'. 'Aku memang kepanasan apabila mendengar kamu mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran. 'Aku' kekeliruan apabila melihat bibir kamu tidak kering daripada berzikir kepada Allah. 'Aku' pun sukar nak mencari masa yang sesuai untuk 'aku' 'muncul' bagi mengganggu kamu sebab kamu sentiasa bersama air sembahyang."


...bersambung

3 comments:

Ahmad Firdaus Ibrahim said...

uih..misteri nih..best ni..

Anonymous said...

Syam,

Bang, ada berita hangat dan sensasi ke? Cerita sikit dalam blog u kerana pada saya kebiasaannya setelah selamat tamat suatu aktiviti luar khususnya "out door" pasti ada pengalaman yang baharu, ianya samada yg "positif" atau yg boleh jadi "selingan" punya, betul? Cerita sikit, terima kasih dan siap tu "AKU"...

teamtact said...

MISTERI NUSANTARA.....