Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Tuesday 11 August 2009

Makin Hampir


Amali Perkhemahan akan berlangsung tidak sampai seminggu dari sekarang. Sebentar tadi saya mendengar taklimat daripada Saudara Azlan yang bertindak selaku Pengarah Projek. Kalau diikutkan penerangan daripada Azlan, saya dapat menjangkakan bahawa pelaksanaan sebelum berlangsungnya perkhemahan ini sedang memasuki fasa akhir dan mengikut perancangan yang telah mereka garapkan bersama.

Tidak rumit di pihak saya pada semester ini. Mereka yang akan ke perkhemahan pada kali ini kebanyakannya mempunyai pengalaman melaksanakan kem kerana majoritinya adalah bekas pelajar Diploma Pengajian Sukan yang aktif. Mereka sudah tahu apa yang perlu dilakukan untuk menjayakan sesuatu program perkhemahan. Mereka survei sendiri lokasi perkhemahan, mereka berbincang sendiri tentang kos yang perlu mereka kongsi bersama, mereka ke stor untuk memeriksa senarai peralatan yang ingin dibawa, dan segalanya yang berkaitan dengan persiapan kem dilakukan dengan teratur dan dirancang rapi. Maka sememangnya ringanlah sedikit kerja saya.

Tugas saya hanya memantau dari kejauhan, menasihat dan seterusnya menandatangani surat yang telah disemak. Memang mudah kan! Kumpulan ini juga kalau dilihat dari kejauhan juga boleh bekerjasama dan saling membantu. Mereka tahu tugas yang perlu mereka laksanakan.

Pelajar-pelajar PLK-PDRM turut membantu meringankan beban pelajar-pelajar ijazah sepenuh masa. PDRM sudi menghantar empat buah lori untuk mengangkut peralatan aktiviti dan seterusnya menyediakan dua buah bot peronda bagi mengiringi ekspedisi kayak.

Program kali ini mendapat sokongan sepenuhnya daripada orang nombor satu Fakulti. Alhamdulillah, kesemua pensyarah yang 'diganggu' masa kuliah mereka juga sepanjang perkhemahan berlangsung turut memberikan sokongan. Dekan juga meluluskan penyertaan beberapa orang staf Fakulti sebagai pegawai pengiring. Allah permudahkan program kali ini.

Ramai alumni FSR yang masih sudi untuk membantu saya untuk menjayakan program kali ini. Mereka sanggup mengambil cuti tahunan masing-masing untuk turut sama menyumbang tenaga. Mereka tanpa dibayar tapi atas kerelaan masing-masing tanpa paksaan. Sudah tentu jasa dan khidmat bakti mereka hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya.

Akhirnya marilah sama-sama kita berdoa agar amali perkhemahan ini berjaya mencapai matlamat yang telah digarapkan dan dijauhkan daripada sebarang kecelakaan dari mula hingga tamat. Amin.

11 comments:

aboy said...

Alhamdulillah..

Para alumni yg sedia membantu..
Mantapkan diri anda..
Persiapkan apa yg perlu..
Moga final camp kali ini dapat berjalan sebaik mungkin..insyaAllah..

Kpda Boss,
Tq sbb masih mmberi peluang serta kepercayaan kpada kami..

ajoy87NF said...

Salam bos,
Dgn harapan perkhemahan kami ini dipermudahkan segala urusan dariNya.
Kami akan melakukan sehabis baik.
Kepada alumni yg sedia membantu, sy dahulukan dgn jutaan terima kasih.
Dgn harapan program ini dpt meningkatkan ilmu dan pengalaman kami.
Tunjuk ajar dr semua amatlah diharapkan.
Sekian...

yazilahyazir said...

Salam Boss..

Terima kasih kerana masih memberi peluang kepada kami untuk sama2 membantu final camp boss..
Insyallah..kami akan membantu sebanyak mana yg mampu..
Semoga final camp ini akan berjalan lancar tanpa sebarang halangan..Amin

Lennyek said...

salam..

sya mengharapkan program ni berjalan dgn lancar..

buat alumni..
terima kasih kerana sudi membantu dan hadir pada prkhmahan kami kali ini...

ajoi..
Gambatte!!!

imayo said...

boss mereka ada macam geng kami "BANDING NATURE CAMP" tak? or geng perhentian batch LAN 2006huuhu..

PPT said...

Take care of your minutes and the hours will take care of you....

sname said...

1Malaysia
;)

zainal said...

Kpd Pensyarah: InsyAllah kerja mulia dan jujur akan diberkati.

Kpd Perserta: Jujur & ikhlaslah semasa kem....anda akan dilindungiNya. Bertanya kalau tak tahu, berkongsi kalau berilmu.

Kpd alumni: Tahniah kerana sedia kembali. Semoga niat anda untuk kembali adalah kerana ingin menyumbang sesuatu kpd program yg telah mendidik & membentuk anda. Jangan datang kalau niat untuk dapat glamer sebab anda alumni.

WSLM

myWAY said...

Salam...

Sy doakan semuanya berjalan lancar tanpa sebarang pekara yang tidak diingini..

Insyaallah...

hijau bumi Tuhan... said...

alhamdulillah...smoga permulaan yg baik ini membawa kepada kejayaan di akhirnya...smoga semuanya berjalan lancar...sy doakan yg terbaik, sntiasa dilindungi dari segala perkara2 buruk...kpd semua yg terlibat, slmt mnjalankan tgas dgn baik...smoga diberkati oleh-Nya, insyallah...chayok2...


salam perjalanan...

ritz said...

Setuju sngat dengan pandangan Bro Hisyam kita ni......