Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Monday 24 August 2009

Membantu Tak Minta Dibalas

Bertugas sebagai fasilitator untuk satu-satu program bukanlah satu tugas yang mudah. Tanggungjawab yang dipikul memang berat bagi memastikan perencanaan program berjaya mencapai matlamat yang telah digarapkan. Pensyarah Pendidikan/Rekreasi Luar tidak mampu untuk memantau semua aktiviti secara serentak dalam satu-satu masa. Maka fasilitatorlah yang dipertanggungjawabkan untuk memastikan kejayaan pelaksanaan sesuatu aktiviti.

Kalau diikutkan pula kepada ratio staf dan peserta, maka sepatutnya seramai 8 orang staf FSR yang berpengalaman diperlukan untuk hadir membantu Perkhemahan Akhir di Pulau Kapas. Fakulti tidak mampu untuk menyediakan sebegitu ramai staf yang berpengalaman dalam bidang ini. Setiap pensyarah di FSR juga mempunyai komitmen dengan kursus/subjek masing-masing. Tambahan pula perkhemahan kali ini diadakan semasa kuliah sedang berjalan. Maka fasilitatorlah yang terpaksa dipanggil bagi memudahcarakan perjalanan aktiviti. Nasib baiklah masih ramai alumni yang masih sudi menyumbang tenaga dan masa bagi membantu memastikan kelancaran program.

Untuk kali ini saya bernasib baik kerana dua orang pensyarah iaitu Encik Ali Kimik [mantan Koordinator PLK-PDRM] dan En Norasrudin [Ketua Program Ijazah Sains Sukan] sudi meluangkan masa membantu sebagai pensyarah bertugas. Tidak dilupakan juga empat orang staf pentadbiran iaitu En Ahmad, Puan Puziah, Puan Rokaiyah dan Cik Zata yang sudi datang bagi membantu dan memeriahkan suasana di sepanjang perkhemahan berlangsung.

Antara Alumni yang sudi membantu adalah seperti saudari Yazilah, saudara Rafsan, Yasir, Elham, Raziff, Mazlin, John, saudari Bebika dan saudari Yus. Fasilitator daripada PERLU UITM pula adalah seperti saudara Dasri, Hafiz, Syam dan Amir. Tidak lupa juga saudari Farah.


Saya secara peribadi ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas sumbang bakti semua kalian di atas bagi melancarkan program perkhemahan ini. Tiada wang ringgit yang mambantu membalas jasa yang telah ditaburkan.

Semoga rekreasi terus berkembang di tanahair kita. Apa yang kita harapkan bukanlah rekreasi yang hanya inginkan keseronokan semata-mata tetapi aktiviti rekreasi yang menerapkan unsur keselamatan di dalamnya dan pesertanya sentiasa ingatkan Allah dan sentiasa bersyukur di atas segala nikmat yang telah Allah kurniakan.

11 comments:

Apize said...

Salam. Terima Kasih kat bos sbb bagi kepercayaan kepada kami untuk membimbing peserta camp ini dan tak lupa juga kepada abg-abg dan kakak-kakak alumni kami kerana sanggup turun membantu bagi menjayakan program ini. Jika ada program lagi,saya sedia membantu.

sname said...

Tenkiu bos..
hehe..

apa???
kamil taw...

InsyaAllah..lepas ni kami p lagi..
:))

yazilahyazir said...

Salam Boss..

Terima kasih banyak2 kerana masih memberi kami peluang untuk mengikuti final camp Boss... 9 tahun setia ikut boss, mcm2 yg saya dapat belajar. Setiap final camp ada keunikan dia yg tersendiri. Jasa, ilmu dan tunjuk ajar yg Boss berikan mmg tidak terbalas oleh kami semua. Terima kasih sekali Boss...
Semoga En. Hisyam dan keluarga, dipelihara kesejahteraannya, umur, kesihatan, jodoh dan rezekinya oleh ALLAH SWT..Amin

FoO dA fIrSt#1 said...

bak kata abg malin,
"you call, we hall"

sname said...

alamak..
klau kad raya mcm ni smart nih..
hehe
PERLU kena bt satu nih..
:))

Lennyek said...

thanks to all instructor..!!!
cayalah...

imayo said...

go bro go..u alz da best..
xkan perlu hilang didunia..huhu

john said...

Tq EN.HISYAM..
semoga dapat bekerjasama lagi..
selamat maju jaya PERLU..

Anonymous said...

salam bos...
1stly..thanks a lot coz bagi pluang kt sy ntok join camp kali nih..mnyak menda yg sy dpt mlalui camp nih..hopefully pas nih bos ley ajak sy lg..heheheh...xkan ilang outdoor recreation dr idop sy bcoz i learn more bout life from it...thanks ya bos!!!
-farahalina-

aQu daN SesuAtu said...

salam en hisyam...
saya pun mcm di atas...
sekali lagi terima kasih..
semoga selepas ini saya....
dapat join lagi kem2...
seterusnya....
terima kasih lagi...
atas semua pengalaman..
yang berharga...

Hisyam Alewi said...

Salam en.syam..

terima kasih kerna diberi peluang tuk turut serta ke final camp kali ini walaupun xdpt ikt smpai habis..