Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Thursday 22 October 2009

Menangis

Jawatan datang dengan tanggungjawab dan amanah. Sudah tentulah apabila kita dilantik ke sesuatu jawatan kita perlu menjalankan segala bidang tugas yang telah diamanahkan itu dengan sebaik mungkin. Ini kerana jawatan di dalam Islam adalah amanah dan ianya perlu diterima dengan penuh tanggungjawab dan perasan takutkan Allah. Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab juga kepada mereka yang memilih atau mengundi agar memilih mereka yang selayaknya untuk memegang sesuatu jawatan.

Sebentar tadi baru sahaja selesai Mesyuarat Agung Penggal ke-10 PERLU UiTM. Dengan tamatnya majlis sebentar tadi maka bermulalah episod baru di dalam kepimpinan PERLU UiTM. Mereka yang hadir telah memilih Presiden dan ahli-ahli Majlis Tertinggi persatuan. Sudah tentulah ahli-ahli yang memilih sudah memikirkan semasak-masaknya sebelum memilih pemimpin yang akan memimpin persatuan mereka untuk penggal yang akan datang. Tahniah daripada saya kepada mereka yang telah dilantik sebagai MT untuk penggal berikutnya dan terima kasih kepada mantan-mantan MT yang telah berusaha sedaya upaya menaikkan nama PERLU UiTM.

Saya mempunyai pengalaman tersendiri ketika hidup berpersatuan dahulu. Ketika nama saya diumumkan oleh Pengerusi Majlis sebagai Presiden Kelab Outward Bounders UPM untuk penggal berikutnya, saya menjadi begitu terkejut. Saya langsung tidak percaya dengan lantikan tersebut. Saya kaget. Saya terkejut. Sukar digambarkan dengan kata-kata. Kenapa saya yang dipilih sedangkan ramai lagi rakan-rakan yang berkebolehan dan layak. KOB merupakan kelab terelit di UPM. Ahli-ahli terdiri daripada pemimpin-pemimpin pelajar dari pelbagai persatuan yang berdaftar di UPM. Berat tu tanggungjawabnya. Saya masih mentah.

Saya diberi peluang untuk menyampaikan ucapan yang pertama sebagai Presiden KOB untuk penggal berikutnya. Ucapan saya terhenti. Saya sesungguhnya amat terharu dengan perlantikan tersebut. Saya terlalu takut dengan tanggungjawab yang akan saya pikul. Di minda saya hanya terfikir samada saya mampu menerajui kelab elit ini agar terus cemerlang seperti sebelumnya. Saya tidak dapat meneruskan ucapan saya. Saya menangis. Tangisan yang bukan dibuat-buat. Sukar dikawal.

Saya ditenangkan oleh rakan-rakan, alumni dan penasihat. Mungkin inilah sejarah dalam KOB. Seorang presiden yang baru dilantik terlalu beremosi ketika menyampaikan ucapan yang pertama. Arrgghhh malunya. Tapi memang sebenarnya budak kampung yang masih mentah ini terlalu takut dengan tanggungjawab yang bakal dipikul. Mampukah aku memikul tanggungjawab besar ini?

8 comments:

yazilahyazir said...

Salam En. Hisyam..
Betul Boss..Boss pun penah ckp kat kami dulu, tidak susah hidup berpersatuan jika MT dan Senior tunjuk contoh yg baik kpd anak2 buah. Untuk bina sebuah persatuan mmg senang, tapi untuk kukuhkannya perlu bertahun dan jika nak hancurkanya, tak sampai pun lima minit. Saya doakan dan harap MT PERLU yg baru dapat menerajui PERLU sebaik-baiknya....

sname said...

:))
selagi persatuan memerlukan..saya ada ja..
InsyaAllah..
selagi hayat dikandung badan...

PPT said...

Cantik warna baju Boss pakai semalam...
Macam boleh buat baju untuk Alumni attend majlis PERLU nanti...
Atau Ajoi dah boleh jadikan baju korporat ka apa ka?

Ada berani? Kan dah ada RM100...
Nak sample pinjam la baju Boss...

khalifahunique said...

Lelaki tidak perlu malu dengan tangisan yang sebegitu kerana tangisan itu adalah ubat penenang dari Allah......and thanks diatas cerita yang sungguh menarik ini...

hisyamchemat said...

Yazilah & Abe,
Terima kasih kerana masih lagi memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada PERLU UiTM.

Malin,
Mahu saja saya pakai jeans dan Tshirt semalam. Tetapi apabila dah namanya pun AGM, sudah tentulah ada kod etikanya yang tersendiri. Pakaian mesti tertib ikut majlis. Saya ikut seperti kad undangan. Alahai saya seorang pula lah yang ter'over' berpakaian semalam.
Walaubagaimanapun... terima kasih kepada semua alumni-alumni yang masih sudi hadir memberi sokongan dan khidmat nasihat percuma kepada ahli-ahli PERLU.

hisyamchemat said...

Iyalah tu Hariati...sekurang-kurangnya saya bukan macam lagu Aku Bukan Superman tu. Menangis hanya kerana ditinggalkan kekasih. hehehe

teamtact said...

Assalammualaikum...

menarik coretan kali ini... Alhamdulillah sekarang budak kampung yang dulunya mentah dah pun membuktikan bakat dan kebolehan dalam memimpin....

Apatah lagi sekarang makin tinggi tangungjawab..Sebagai Penasihat sebuah persatuan yang masih tercari-cari....

harap-harap pemimpin yang baru dilantik ini pun bakal mengikut jejak langkah penasihatnya...


kami para alumni sentiasa ada di sini....sedia berkhidmat..

kakkoi6779 said...

Tahniah diatas perlantikan tersebut. sesungguhnya boss layak menerimanya.