Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Friday 16 October 2009

Syukurlah Oi!

Ada juga yang tak reti bersyukur atau buat-buat tak reti bila dah dapat peluang belajar di UiTM ni. Tambah pula sambung di Shah Alam. Depa tak insaf langsung dengan kawan-kawan yang terpaksa merantau jauh sampai ke Samarahan semata-mata hendak menyambung pengajian dalam bidang sains sukan ni.

Hari ini isu tersebut muncul kembali semasa saya mengadakan diskusi dengan penasihat akademik dan pensyarah-pensyarah yang terlibat dengan pelajar diploma. Pelajar-pelajar diploma di Shah Alam khabarnya terlalu aktif 'bersukan' sampai banyak kelas yang dituang. Betul ka begitu aktif sampai banyak kelas terpaksa dituang. Bagaimana pula di cawangan? Adakah mereka pun bersikap sedemikian?

Nasihat saya mudah sahaja. Pastikan anda mendapat kebenaran daripada pensyarah yang mengajar anda agar pensyarah tahu di mana anda pergi. Fokuskan tumpuan anda kepada pengajian di universiti. Ingat kembali janji anda untuk belajar bersungguh-sungguh yang telah dilafazkan di hadapan kedua ibubapa atau penjaga ketika anda mula menjejakkan kaki ke menara gading dulu. Biarkanlah mereka mengalirkan airmata kegembiraan apabila anda bergraduat nanti dan bukannya mengalirkan air mata akibat kegagalan anda sebelum habis berjuang. Ingat... sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak ada gunanya.

5 comments:

PPT said...

Saya sokong.....
Dulu - Masa Diploma dulu dimulakan dengan 159 orang.Yang konvo dalam 120 orang sahaja.
Dulu - Masa Bachelor dulu dimulakan dengan 45 orang.... Yang konvo cuma lebih kurang 20 orang sahaja.......

Yang lain-lain sangkut kat selekoh tajam masa kona baring.

PPT

ima_yo said...

banyak main ayam dorg nie..ntah-ntah singgah kat seksyen 2 1/2 kot..tak jumpa jalan masuk itm..

teamtact said...

Assalammualaikum....
Ajoi......pegi langkawi ada minatak pelepasan dari pensyarah tak....????? kalau tak mintak tu cepat2 la jumpa balik....

hisyamchemat said...

Malin, Ema & Shawn,
Itulah realitinya... bila mereka tak dapat masuk belajar, mereka merayu dan merintih. Bila dah berada dalam sistem, tak fokus untuk beljar la pulak.

ajoy87NF said...

Sy p ada permitnyer...
Sumer pensyarah udah sain surat pelepasan...
Jd permit dah lulus, boleh la p mana2. klau x, rasa xbest bila masuk kelas nnt. Jd perhatian plak nnt... hehehehe...