Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Wednesday, 27 February 2008

Tak semudah yang disangka


Bukan mudah rupanya nak mengajar anak sendiri berenang. Hujung minggu lepas saya membawa Kamilia dan Kamil ke Kolam Renang UiTM. Hasrat saya nak mengajar anak-anak sendiri berenang. Asyik mengajar anak orang sahaja. Apa salahnya saya meluangkan masa untuk mengajar anak sendiri pula.

Lain pula jadinya. Kamilia dan Kamil yang pada mulanya teruja apabila diberikan peluang mandi di kolam kanak-kanak di luar menjerit ketakutan apabila saya mengajak kedua mereka untuk mandi di kolam dewasa [biasalah tu, naluri manusia… takut]. Namun saya tidak putus asa. Saya cuba memujuk keduanya untuk bersama-sama mandi di dalam kolam dewasa tersebut. Setelah dipujuk dan didukung, akhirnya keduanya mula memberanikan diri untuk masuk ke dalam kolam dewasa.

Keduanya sudah boleh kicking tetapi perlu mengambil masa untuk diajar teknik renangan yang betul. Semoga keduanya akan berupaya berenang suatu hari nanti berkat tunjuk ajar papa mereka sendiri. Amin

4 comments:

Anonymous said...

How's your kid doing? We hope they love to swim so that when I come back to Malaysia, Kamilia and Kamil can teach me how to swim. heheheheh

KV

hisyamchemat said...

No worries... both of them are alright. See you soon.

Anonymous said...

assalamualaikum....
harap en hisyam sihat disamping keluarga tersayang...
comel nya anak en hisyam...
kamil & kamilia...
dulu kak liza mengandung...
skrg dah ader 2 org anak...
sy jijah..en hisyam ingat lagi x?
batch yang pertama ujud nama jijah...

hisyamchemat said...

Waalaikumussalam Jijah...
Errr... Haslinda ke ni? Insyaallah saya ingat. Batch Banding, kan? Kat mana sekarang? Terima kasih kerana sudi catatkan komen.