Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Friday 13 June 2008

Keputusannya...

Akhirnya surprise Kamilia terjawab juga hari ini.


Pagi tadi Liza telah membuat panggilan untuk mendapatkan pengesahan tentang keputusan peperiksaan Kamilia. Liza telah dimaklumkan secara verbal oleh pegawai terbabit bahawa permohonan Kamilia telah berjaya. Kamilia telah lulus peperiksaan kelayakan ke Sekolah Rendah Agama Integrasi Seksyen 19 Shah Alam. Kamilia diterima masuk. Alhamdulillah.

Hanya kepada Allah saya bersyukur dan sujud kepada-Nya sebagai tanda syukur. Terima kasih juga di atas doa penjengok-penjengok sekalian.

9 comments:

Anonymous said...

alhamdulillah boss,
tahniah buat kamilia n family boss. semoga kamilia berjaya di dalam pelajaran dan menjadi anak yg solehah.

Anonymous said...

Dari Penjengok-Penjengok Tegar,

Tahniah dan syabas pada Papa Kamilia.Untuk Mama Kamilia tahniah kerana berjaya jugak
Kot kena buat kenduri lah kot.

PPT boleh lompat mai Shah Alam.

Cheers....

hisyamchemat said...

Saya tak janji, bila tarikhnya lagi. Insyaallah bila keadaan stabil kenduri kesyukuran akan diadakan. Selalulah melawati saya di sini untuk jemputan ke majlis tersebut.

Anonymous said...

Tahniah Kamilia. Semoga dapat belajar di sekolah itu denga tekun dan bersungguh-sungguh. Semoga menjadi anak yang solehah. Anak buah saya tak dapat la sekolah tu En. Syam.

-ust-

hisyamchemat said...

Ustad,
Takpa, ada rezeki kat tempat lain tu. Tak dapat bukan bererti tak bagus.

Selamat bertugas di tempat baru

Anonymous said...

tahniah......kamilia..bos n kak liza..harap nanti kamelia fasih baca jawi n mengaji..insyaalah.nati kenduri jangan lupa jemput ya..he..hee..

Anonymous said...

tahniah Kamilia.... kami doakan Kamil pulak menyusul bila tiba masanya.....

Anonymous said...

TAHNIAH!

Anonymous said...

salam boss..
tahniah...
pekaba..sowy lama x tanya khabar..
:)