Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Tuesday, 27 May 2008

Surprise!

Dashyatkan, sejak berumur 6 tahun lagi anak-anak dah kena diuji untuk dikenalpasti tahap kemampuan akademik mereka. Dah digredkan. Macam telur ayam pula. Ada Gred A, B dan C. Kesian... nak masuk darjah Satu pun dah ada peperiksaan.

Kamilia tak mengeluh. Awal-awal pagi lagi dia dah bangun. Nak masuk Sekolah Integrasi dia kata. Mama dan papa dia yang terlebih risau.


Terkejut besar saya sesampai di Sekolah Rendah Agama Integrasi, Seksyen 19, Shah Alam jam 8.10 pagi. Jalan nak ke sekolah tersebut sesak teruk. Ramainya orang. Rupa-rupanya lebih daripada 600 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan kelayakan ke Sekolah Rendah Agama Integrasi tersebut. Saya dimaklumkan oleh pihak sekolah, hanya 200 orang sahaja yang akan dipilih. Itulah kuota yang telah ditetapkan.


Selepas selesai peperiksaan yang berlangsung selama 2 jam berebutlah ibubapa dan penjaga mencari anak-anak masing-masing. Semuanya mempunyai persoalan yang sama kepada anak mereka. Termasuklah saya dan Liza. Spontan kami bertanya: "Macamana ujian tadi... apa soalannya? Kakak boleh jawabkah kesemua soalan?". Kamilia menjawab: "Surprise..." . Saya kata: "Surprise...surprise juga, tak dapat... jaga hang.

4 comments:

FoO dA fIrSt#1 said...

"oh peperiksaan"? macam penah dengaq ja bos? copy paste ka? haha....

hisyamchemat said...

shuttozero#7
OK lah saya tukaq tajuk lain.

Anonymous said...

oh peperiksaan??

saya teringat balik peristiwa oh peperiksaan semester tiga ijazah. hmmmm...

anak buah saya pun mengambil peperiksaan di sekolah dan tarikh yang sama. Boleh la mereka berkenalan insyaAllah.

-ust-

hisyamchemat said...

Ustat,
Sama-samalah kita doakan Kamilia dan snak buah Ustat dapat memasuki ke sokolah tu. Amin