Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Thursday 23 October 2008

Adakah Menjadi Kenyataan?

Saya pun tak pasti.

Segalanya mungkin berlaku. Hujung minggu ini telah dirancang satu pertemuan semula RECCERS II yang telah bergraduat pada September 1998. Setelah 10 tahun, kini kami sepakat untuk cuba mengumpulkan semula rakan-rakan yang sama-sama merasai pengalaman suka duka semasa menuntut di UPM dahulu dalam bidang Pengurusan Taman dan Rekreasi.

Agak sukar juga untuk menemukan kembali atau menjejak semula rakan-rakan seramai hanya 20 orang yang baru 10 tahun tak berjumpa. Semuanya bertebaran dari utara tanahair sehinggalah ke Sabah. Malah, ada juga yang kini berada di Jepun. Mungkin dengan pertemuan semula yang telah dirancang di banglo Azamil [tauke besar Stillgreen] akan menjadi penghubung seterusnya kepada silaturrahim kami semua.

Saya mengharapkan agar sifu kami iaitu Dr Wan Sabri Wan Mansor, Prof Ahmad Shuib, John dan Dr Abdullah akan turut sama hadir memeriahkan suasana.

Hidup RECCERS II!

9 comments:

teamtact said...

salam Rekreasi....

wah...best...best.. kalau dapat jumpa balik kawan2 lama. saya harap 1 hari nanti selepas 10 tahun PERLU pun akan buat mcm ni...

Anonymous said...

Wan Sabri kat Bintulu nak turun ke? Eh! Dia baca ke blog hang ni? Anyway, good move. Jang, Boyd ngan Getek nun jauh kat Sabah....Kanaga & Amoi sorang tu kat mana?

hisyamchemat said...

Hello Brother Anonymous,
Dr Wan Sabri Wan Mansor, setahu saya dah pencen. Ada kat area Serdang. Mungkin dia dtg. Tak mustahil. Dia pun nak jumpa kita semua. Takpa kita cuba kumpulkan dulu seramai mungkin. Untuk seterusnya kita racang nanti. TQ C U

hisyamchemat said...

Shawn,
Sama-sama kita doakan agar ianya menjadi kenyataan

**fRy laDy** said...

en.hisyam...
nak bncg ngan en hisyam psl agm n gathering tuh...
ble en.hisyam free..??
g hep td kakk kt ctu kte mmg xleh wat aktvt mse cuti sem...
pastu kakak tu kte kalo dpt tau, akn diambil tndkn...emmm camne en.hsyam..??

aboy said...

wahhh....mesti happening tu boss..silap2 3 hari pun x habis2 cerita pasal kisah suka duka..=)

ADDIN "My Life Is Beautiful" said...

Salam hicmat,

kita jumpa disana...semoga segala cabang reccers akan berkumpul...terima kasih Azamil Stillgreen

wegreentheearth said...

mesti best bila dpt berjumpa semula..
mesti bnyk kisah pahit, manis, suka dan duka ketika bersama yg akan disingkap kembali..
harap2 ia akan menjadi kenyataan..
gud luck RECCERS II

hisyamchemat said...

Addin,
Jumpa di sana.

Boy & Mus,
Benar bagai dikata. Harap-harap ramailah yang dapat meluangkan masa.