Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Friday 17 October 2008

Bagaimanalah Akhirnya

Menonton Bulletin Utama di TV3 semalam boleh menyebabkan semua orang terpegun seketika. Mana taknya, disiarkan bagaimana seorang guru wanita ditendang di perut oleh pelajar-pelajar beliau. Yang menendang pula tu pelajar-pelajar perempuan. Apa nak jadi ni? Macamanala ilmu nak berkat, kalau gurupun diperlakukan sebegitu. Teruk sangatka guru tu?

Kita tunggulah malam ni pulak, apa komen mak bapak budak-budak ini. Adakah mereka akan terus menyokong anak mereka yang lambat menghantar tugasan sekolah, seterusnya mencaci guru dan lebih teruk lagi mencabar dan menendang guru.

Saya menjangkakan kalau ada 'penasihat' tak rasmi, tentu akhirnya guru tersebut akan memaafkan kesalahan murid-muridnya. Ia... lah budak-budak tengah naik. Tentu tak berfikir panjang semasa menyerang guru mereka. Tentu ada orang tengah yang akan menjadi hero/heroin nanti. Kita tunggu.

Tapi secara psikologinya, bukan mudah untuk guru wanita tersebut melupakan peristiwa 'ngeri' yang telah memalukannya di sepanjang hayat. Tidak mustahil kejadian tersebut boleh mendatangkan kecederaan atau kehilangan nyawa sekiranya beliau tidak melarikan diri dari tempat kejadian.

Saya sendiri secara individunya pernah 'diserang' pelajar yang tidak berpuashati kerana ditegur membuat bising di waktu Maghrib ketika menjadi Pegawai Pembangunan Pelajar (Resident Staff) di Kolej Cemara dulu. Terkejut juga Liza masa budak tu datang ke rumah. Cakap macam samseng Kampung Dusun. Kalau tidak tentu saya pun akan jadi 'terkenal'. Rupa-rupanya budak baru mendaftar semester pertama di INTEC. Nasib baik Allah menyabarkan saya. Budak-budak tengah naik la katakan. Dia ingat dialah yang paling kuat di muka bumi. Biarkan...

14 comments:

Anonymous said...

Kalau gengster jadi cikgu macam dlm drama Jepun Great Teacher Onizuka baru budak2 bleh jadi baik kot...

Lennyek said...

budak zaman sekarang mkin menjadi2..diaorng ingat cikgu cuma mkn gaji hasil yuran sekolah kot,tu yg boleh buat sesuka hati..

lagi satu,budak2 sekolah ni ingat dorang dah cukup betul,memandangkan dah bsar n dah boleh berfikir..tapi yg diaorang tak sedar,fikiran diaorang tu xberasas...

"zaman dah berubh,dunia dah maju.....budak2 pun makin naik taring...."

Lennyek said...

bukan mcm cerita GTO je..mcm cerita Gokusen gak..

Anonymous said...

Budak2 baru nak tumbuh bulu... Hampeh betul! Mak bapak terlampau pandai didik anak kot... Kalau mak bapak budak2 tu sokong tindakan anak2 mereka, mak bapak budak2 tu pun sama2 B*D*H & B**G*NG jugak...

hijau bumi Tuhan... said...

masyallah,smpai mcm tu skali biadapnya...mngkin kurang didikan agama...
cuma mampu berdoa supaya diberikan pengajaran yg setimpal oleh ALLAH swt dan smoga 'insan' trsebut insaf diatas perbuatan mreka tu...


salam perjalanan...

im 50%single!! said...

budak skolah zaman skarang biase la terlalu manje tak pernah rase susah.kalo mak bapak masih menyokong anak buat macam tu mmg satu tindakan yang waras dan boleh tinggal impak negatif lagi kat anak

nomiey 08 said...

dunia dah nak khiamat agaknya....

MuScLEgAiN said...

ya allah....
apa yang berlaku adalah kehendak mereka... pemikiran mereka... didikan mereka.. percampuran mereka.. dan kurangnya didikan agama... bukan masalah budak zaman sekarang .. perkara nie mungkin dah lama tapi keadaan pembangunan yang pesat dan maju... dan teknologi... begitulah jadinya... mereka nie dah terbiasa dengar dan lihat ... jadi perbuatan yang terikut-ikut... dengan it yang semakin canggih... penyebaran terlalu cepat... nak salahkan siapa... bagi pendapat saya orang-orang yang bertanggung jawab... jadi perbuatan jahat memang terlalu cepat tersebar... jangan kata sekolah di uitm pun berlaku sesama pelajar... jadi perbuatan gengster nie bermula dengan kawan.. ibubapa yang terlibat dengan anasir luar dan juga tingkah laku ahli politik didalam dewan... entahlah mungkin saya salah ... just nak share je...

boying@gone said...

bdk2 zaman sekarang.... kne cubit sikit terus nak bw g mahkamah. terus nak saman sekolah.. bila x di tegur, mjadi-jadi.. Kepada cikgu2 & bakal2 cikgu sekalian, jadilah pendidik yg berdedikasi. jgn jadi CIKGU 25HB. cukup bulan terima gaji..

teamtact said...

betul....

kadang-kadang manusia lupa... lupa apabila diuji dengan kesenangan,kesempurnaan tubuh badan....mereka ingat mereka la kuat...mereka la baguih...

tapi pekara seperti ini adakah boleh diubah...ramai yang cakap masyarakat,ibubapa dan guru2 perlu memainkan peranan.... tapi sama ja... apakah ini sekadar perbualan kosong yang tak dapat mengubah apa-apa. macamana la anak-anak zaman saya nanti....mungkin mak bapak pun akan ditendang...

Anonymous said...

budak 'ngok' g2 da d kenakan hukaman..klu x puas ati..2gu akhiratla..

Anonymous said...

pembetulan 'hukuman'bkn hukaman..bdk2 2 memang akai pendek kekadang bdk2 gini la yg bakal merosakkan generasi muda kelak..ramai yg kate profesion perguruan nie mudah tapi pd yg sedang melalui dan penah melalui berhadapan dgn situasi begini akan faham dan setuju dgn tindakan pd pelajar berkenaan..tindakan yg dikenakan harap mjadi iktibar buat pelajar yg lain..jangan dok ikot pe'el/pale muda yg kekdg bleh menghancurkan idop kalian..anak2 bangsa ku jgn ikotkan kata hati..kelak akan mati..kalian perlu bimbingan org yg lebih dewasa dan matang..jangan lupa itu..

p_yan1511 said...

tanggungjawab sebagai guru bukan la senang.... suatu tanggungajawab yg berat.. saya pun ada kisahnya disini.. pada satu malam dibulan puasa.. kebetulan saya pulang lambat kerumah, saya ternampak pelajar saya (perempuan) tengah bersembang di luar rumah bersama gan beberapa org lelaki.. saya tak kenal lelaki tersebut.. saya cube menegur mereka.. yelah dah lewat malam mcm tu.. alih2 saya pulak kene bagi warning gan budak lelaki tersebut. rupa2nya bdk lelaki tersebut adalah org tempatan.. yelah org kampung kat sini agak lain mcm (black area). takut dibuatnya. sehingga kan ada polis Ipoh pun bagi warning kat saya. nak tahu dia kata apa.. "kalau awak rase dah cukup ilmu didada, awak boleh la menegur mereka... kalau rase belum cukup lagi.. awak biarkan saja mereka" sampai mcm tu sekali. ibarat kate, kalau mereka buat maksiat depan mata saya pun saya tak perlu tegur dan biarkan saja mereka... ish......

hisyamchemat said...

Alahai Chek,
Kesiannya. Apa boleh buat... dah cari makan kat 'black area' la pulak. Takkan polis pun kata macam tu. Takkan depa sampai tak boleh ambik tindakan kot. Bukankah polis dah diberi autoriti untuk bantu rakyat. Kalau macam tu biaq kita semua yang bertanggungjawab lah yang jadi polis.