Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Monday 3 November 2008

Minyak Turun, Barang Tetap Melambung

Alhamdulillah harga minyak turun lagi walaupun tidak seperti yang kita mahukan. PM sekali lagi telah mengumumkan penurunan harga minyak untuk kali yang keempat sejak kenaikan mendadak harga petrol sebanyak 78 sen seliter pada 5 Jun yang lalu. Berikutan pada kenaikan tersebut barang-barang pun naiklah secara mendadak. Lagaknya seperti lagu “Bangau oh Bangau”. Semua menuding jari di atas sesuatu sebab yang berlaku.

Kalau diikutkan secara logiknya, sudah tentulah harga barang sepatutnya diturunkan setelah harga minyak turun. Namun ianya tidak semudah itu. Barang ... kalau dah sekali naik tidak akan turun-turun lagi. Saya rasa tentu penjengok=penjengok sekalian bersetuju dengan saya dalam hal ini.

Peniaga pada waktu dan tika sekarang akan mencongak pula bilakah masanya untuk menaikkan lagi harga barang. Bilalah minyak akan naik lagi untuk memudahkan mereka terus menaikkan harga barang dan perkhidmatan. Mungkin itu yang sedang mereka fikirkan sekarang. Sudah tentulah peniaga-peniaga/pengusaha-pengusaha ini tidak mahu menoleh ke belakang lagi. Peluang dah ada di depan mata. Ngap sajalah. Mereka juga perlu memikirkan masalah yang akan timbul, bagaimana sekiranya jika mereka menurunkan harga barang dan tiba-tiba harga minyak pula naik mendadak. Dah kena buat kerja naikkan harga semula. Tentu rakyat marah. Jadi lebih baik mereka ‘pekakkan’ telinga sahaja dan biarkan rakyat yang melolong memohon mereka menurunkan harga.

Pengusaha minyak pula melolong mengatakan mereka tidak untung kalau harga minyak diturunkan banyak sangat (maklumat ini saya perolehi melalui pembacaan beberapa akhbar harian). Mereka seakan mengugut kerajaan. Jangan turunkan harga minyak secara melampun, nanti kami rugi. Itu antara kata pengusaha yang disampaikan melalui menteri di kementerian yang terbabit.

Saya pun tidak pasti kalau kementerian yang sepatutnya memikirkan tentang masalah pengguna pun dah terlalu memikirkan tentang permasalahan pengusaha-pengusaha yang untungnya tidak kita ketahui ini, maka siapa pula yang akan mendengar keluhan pengguna seperti kita ini. Memanglah pengusaha minyak akan rugi ketika harga turun, tetapi ketika harga minyak naik mendadak dulu mereka sudah mengaut untung. Kalau dulu dah untung, kini apa salahnya rugi pula. Dah pasaran minyak begitu. Kalau dah tak sanggup meniaga minyak, lebih baiklah mereka meniaga unta! Untung-untung banyak permintaan menjelang raya korban akan datang.

Maafkan sekiranya saya tersalah kata terkasar bahasa di dalam hal ini. Ini permohonan maaf secara terbuka.

4 comments:

nomiey 08 said...

jika semua barang nak naik,apa kata kami sebagai pelajar.....

sname said...

mcm tu kena cari sponsor untuk final camp...
haih~

MuScLEgAiN said...

sokong tue en.hisham.... minyak naik,, ada untung sikit la naik kereta... beli beras sama jer.... ish... takkan nak makan tepung kot hari-hari... sama je inflasi naik..... macam cita labu labi laa... "tuan bila nak berenti"... "apa !" kata haji bakhil..... cerita pendekar bujang lapuk pulak... alif mim nun wau... unta... haaaa lebih kurang sikit laaa... macam2 ada...

Ahmad Firdaus Ibrahim said...

Salam Bos,
Saya setuju dengan pendapat En. Syam, tapi yang pernah En. Syam katakan, kita ni timun dia tu durian.