Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Wednesday, 17 December 2008

Janji Kamilia

Kamilia sukar melelapkan mata. Jarinya asyik membilang. Sekejap-sekejap dia tengok ke arah jam dan terus membilang. Semuanya dia lakukan tanpa menyedari yang saya sedang memerhatikan gelagatnya.

"Sudahlah kakak, tidur cepat... dok bilang apa lagi tu", saya mula bersuara. "Papa jangan lupa tau esok kejut kakak awal... nak main dengan baby", balas Kamilia mengingatkan saya.

Saya tahu sebenarnya bukan nak bermain dengan Kaisara tetapi ada cerita disebaliknya.

2 tahun lepas iaitu di penghujung tahun 2006 saya pernah membawa Kamilia ke pawagam untuk pertama kalinya. Semuanya kerana penangan Cicakman yang diheboh-hebohkan oleh kawan di tadikanya. Jadi saya cuba luangkan masa untuk membawanya menonton filem Cicakman di TGV Bukit Raja. Kami sampai agak lewat tengahari tu. Tayangan dah nak mula. Nasib baik ada lagi tiket. Dapatlah tempat duduk yang paling depan. Apa lagi melangutlah jawabnya. "Wuui... besarnya TV tu", jerit Kamilia sambil menunjukkan ke arah skrin. Alahai saya terus suruh dia diam. Ingat macam tengok TV kat rumah kot. Boleh Bising-bising. Buat malu company aja. Orang belakang dan tepi siap gelak lagi. Habis tayangan Kamilia ajak saya tengok sekali lagi. Tak puas katanya. Saya janji pada Kamilia kalau ada Cicakman 2 saya akan bawa dia menonton lagi. Kamilia setuju. Selamat...

Semenjak iklan Cicakman 2 muncul di TV pertengahan bulan lepas, Kamilia mula menuntut janjinya semula. Alahai, ingatkan dah lupa janji 2 tahun lepas. Kena tunai la pulak nampaknya.

Seperti yang telah dijanjikan saya membawa Kamilia ke TGV Bukit Raja. Kali ini kami ada seorang lagi ahli baru, Kamil. Saya masih waswas dengan Kamil sebenarnya. Takut dia menjerit suruh orang kat pawagam nyalakan lampu. Saya dah ceritakan kat dia, tentang keadaan gelap di dalam panggung. Tapi lain pulak cadangannya. Disuruhnya saya bawa torchlight sambil menunjukkan headlamp saya yang tergantung dalam stor.

Kali ini kami datang awal. Dapat beli tiket dan dapat tempat duduk di bahagian tengah belakang sekali. Selesa sikit. Peristiwa 2 tahun lepas berulang. Tapi kali ini Kamil pula yang bersuara, "Besarnya TV tu papa!". Kamil menjerit macam panggung tu dia yang punya. Aduh susah jugak nak kawal budak seorang ni.

Mata saya gagal dikawal seperti tayangan Cicakman yang dulu. Ketika aksi gaduh antara Cicakman, Rrama dan Professor Klon mata saya terlelap. Siap berdengkur lagi. Nasib baik Kamilia kejutkan. "Papa ni asyik tidur ja macam dulu," bebel Kamilia semasa kami keluar dari pawagam selepas filem Cicakman 2 selesai. Namun saya dapat lihat kedua-dua adik beradik tu puas kerana dapat menonton filem Cicakman 2.

Tapi kali ini takda lagi janji untuk Cicakman yang seterusnya.

6 comments:

FoO dA fIrSt#1 said...

walaupun tak janji, nnt mesti ada request.

Lennyek said...

hahahaha...

kelakar juga pngalaman en.syam dgn buah hati dua orang tu..saya baca pun tergelak..

en.syam belikan Vcd..mesti duduk diam kat rumah..hehehe...

Ahmad Firdaus Ibrahim said...

Lepas ni en. syam kene beli tv lcd flat screen 42 inchi, theatre sound system. Mesti anak2 en. syam tak mintak g panggung.

perjalanan said...

hahahaha...lawak btol la baca part kamil sruh bwk headlamp tu, hahaha...bgus la, kecik2 lg dh bleh pikir langkah2 utk persediaan awal...

pasni kalo sape2 gi camp x bwk torchlight, maknenye lg teruk dari kamil...dia yg kecik tu pun bleh pkir nk bwk torchlight, hehe...


salam perjalanan...

HiCMat said...

Yasir,
Saya pun jangkakan yang sama

Lenny & Ustad,
Kalau beli benda tu pakai tak belajar la jawabnya. Dok mengadap benda tu ja.

Lan,
Saya pun tak sangka Kamil boleh pikiaq sampai macam tu.

Roland Robert Imbang said...

Seronok la dgr gelagat buah2 hati bos tu. Nampak nya En.Sham semakin menyerlah sifat bapa penyayang..Hehehe...