Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Monday, 22 December 2008

Tawaran Biasiswa Skim TPM

Hari ini UiTM secara rasminya telah mempelawa Bumiputera warganegara Malaysia yang mempunyai kelayakan yang diperlukan untuk memohon biasiswa di bawah Skim Tenaga Pengajar Muda (TPM) UiTM 2009. Iklan TPM boleh anda layari di sini.

Antara tawaran bidang-bidang Biasiswa Skim TPM yang diperuntukkan di peringkat Ph.D untuk FSR adalah Biomechanics, Human Motor Control, Sport Physiology, Disable Sport, Leisure & Recreation dan Fitness Technology. Manakala bidang-bidang di peringkat sarjana pula adalah Outdoor Recreation, Sport Management, Coaching Science dan Sport Tourism.

Kepada penjengok-penjengok yang layak silalah memohon. Pastikan anda benar-benar berminat dahulu barulah memohon.

FSR sudah mempunyai sejarahnya yang tersendiri di mana beberapa orang calon yang telah berjaya ketika temuduga dan seterusnya mendapat tawaran Biasiswa Skim TPM untuk pengajian di luar negara namun berterusan mendiamkan diri. Sudah tentulah mereka ini telah menutup peluang rakan-rakan lain yang turut sama datang untuk ditemuduga tetapi tidak terpilih. Persoalannya kini, perlukah kita memberi peluang kedua kepada Hamba Allah ini untuk berbakti di FSR.

4 comments:

E-JAM said...

saya bersetuju dengan pendapat bos....jika tidak berminat usahla memohon berila peluang pada orang lain yang lebih berminat untuk memajukan diri dan meningkatkan ilmu didada...tepuk dada tanya selera, tepuk tangan tanda gembira.:)

fhr 3616 said...

alamak, sarjana saya belum tamat..bagaimana ni?

niSsaMiLo said...

hurmm..sy baru je dapat tawaran temuduga ni..memang betul2 berminat tp xtau la diterima ke x..doa2 berjaya temuduga esok..

Anonymous said...

bila lagi permohonan untuk biasiswa tpm ini akan keluar ye en?