Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Monday, 6 April 2009

Rokok

Semasa ingin keluar dari sebuah stesen minyak saya disapa seorang gadis manis. "Maaf Encik, saya ingin bertanya... Encik merokok?", tanya gadis itu sambil di tangannya ada sekotak rokok daripada jenama terkenal antarabangsa. "Alahai dik... awak silap orang, saya anti-rokok la", selamba saya membalas. Gadis itu terdiam, langsung tak berkata apa lagi.

Kenapalah saya yang dipilihnya dalam ramai-ramai lagi orang di stesen minyak itu. Ada tokoh muka perokok tegar ke. Takkan bos dia tak ajar teknik untuk mengenali perokok.

Esoknya saya diserang demam panas. Tekak terasa perit. Kepala terasa berat dan pusing. Maka ke DEMC saya tuju tepat jam 12 tengahmalam. Tak ada pesakit lain di situ. Masa menunggu pun jadi tak lama. Masuk saja terus mengadap doktor bertugas. Ditanyanya apa sakit saya. Saya terangkan (macamla aku pulak yang doktornya). Doktor mendengar dan seterusnya memeriksa. "Tekak Encik ni merah betul, Encik kuat merokok ke?", tanya doktor tersebut inginkan kepastian setelah diperiksa tekak saya. "Doc, saya anti-rokok ... mak bapak saya mati kerana rokok. Jadi saya memang tak merokok", terang saya. Alahai dalam masa tak sampai 24 jam dah 2 orang tegur aku pasal rokok. Kenapa ya? Sebab bibir hitam kot. Walau apapun saya dapat MC sehari.


Sebentar tadi saya ke sebuah pasaraya. Ketika di kaunter bayaran, saya terperasan kotak rokok jenama antarabangsa yang memaparkan foto yang mengerikan akibat daripada tabiat merokok. Kesan merokok memang mengerikan tetapi kenapa orang masih merokok. Tak kasihankah mereka dengan tubuh badan yang Allah kurniakan. Yang menariknya lagi, mulut menggalakkan orang mengamalkan cara hidup sihat tetapi mulut itu juga yang bibirnya terlekat rokok senantiasa. Hipokrit namanya tu. I'm sorry.

Takpalah yang penting saya senantiasa mengingatkan kawan-kawan saya tentang bahayanya merokok. Jika anda sayangkan diri anda dan orang tersayang, jauhilah rokok. Anda selamat... orang yang tersayang pun selamat.

10 comments:

teamtact said...

salam....

Doakanlah agar perokok2 itu diberi kekuatan.... untuk berhenti...

hijau bumi Tuhan... said...

wahai kawan2 perokok, berhentilah merokok...sayangilah diri anda dan ingatlah org tersayang...


salam perjalanan...

sname said...

alhamdullilah ..
saya dah setahun..=)
semoga berkekalan..

hisyamchemat said...

Shawn, Lan & Abe,
Bagus... bagus. Sama-sama kita tunggu hasilnya.

Anonymous said...

seram tengok kotak rokok skang ni... kawan2... da berenti ke belum??? huhu...

Anonymous said...

Orang yg merokok ni diibaratkan tak sayang kat diri sendiri dan semua org...mereka tak sedar pn yg mereka ni menyumbang ke arah kematian....Berdosa tau...
Am I right??...Renungkanlah sebelum terlambat.
Masih ada yg sayang utk menegur..

Izqees said...

belia benci rokok!!!
berubah sebelum t'lambat
pesanan ini di tujukan khas kpd perokok tegar..

Puppet said...

Rokok buat budak praktikal menangis... Jahat betul Rokok ni...

hisyamchemat said...

Puppet,
Pesan kat Rokok, sudah sudahla tu. Jangan dok dera anak orang. Kesian dia. Mak bapak jauh.

wegreentheearth said...

rokok oh rokok....