Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Tuesday, 28 April 2009

Budaya Membaca

Saya ada seorang rakan sekerja. Duitnya banyak dihabiskan untuk membeli buku. Pantang ada masa dia akan ke kedai buku. Dia pandai memilih buku. Dipilihnya buku berkualiti dengan harga yang cukup murah. Kalau sesiapa yang pernah ke bilik pejabat beliau tentu dapat merasakan seperti memasuki sebuah mini library. Mana taknya penuh dengan rak-rak yang penuh berisi buku. Siapa orangnya... sudah tentu warga FSR mengenalinya. Cebad!

Tadi saya ke Jualan Gudang Buku anjuran MPH. Ralat jugak tak ajak Cebad. Buku-buku yang dijual memang murah. Banyak buku-buku menarik yang berkaitan dengan sukan dan rekreasi yang saya beli. Murah sangat. Sesiapa yang suka mengumpul dan membaca buku memang saya galakkan ke sana. Mana tahu terjumpa buku yang berkenan di hati. Kalau yang dah bekerja tu, bolehlah simpan resit. Dapat kurangkan cukai. OK selamat membaca. Jadikanlah membaca amalan kita semua.

5 comments:

yazilahyazir said...

Salam Boss..
Bestnya pesta buku...
Mmg tak rugi bila kita banyak membaca. Boleh tambahkan lagi ilmu dan tambah baikan gaya penulisan kita.

Have a great day En. Hisyam

aiShaH said...

Betul...betul... bilik cebad mmg macam library huhuhu...

**fRy laDy** said...

En.hisyam, kat mane jualan gudang buku tu?cam berminat je..

cebad said...

Salam.
saya ada niat nak ke mph warehouse sales, tapi pd hujung minggu ini. Pada pesta buku KLIBF 2009, saya banyak memilih buku sukan dan rekreasi. harapan saya ianya akan berguna untuk meningkat ilmu warga fsr.

HiCMat said...

Kepada sesiapa yang masih belum tahu di mana letaknya gudang MPH, bolehlah rujuk dalam The Star 2 hari lepas dan semalam.