Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Monday, 6 April 2009

Baju Oren Topi Putih

Pagi tadi pasukan Baju Oren Topi Putih (BOTP) bekerja seawal jam 8 pagi. Mereka berkumpul di tebing bukit berhampiran tapak Tembok Mendaki Tiruan yang telah lama ditinggalkan. Hasrat mereka adalah untuk menurunkan 3 peserta 'Orang Kurang Upaya'(OKU) yang satu hari nanti mungkin akan ditukar akronim OKU nya ke 'Orang Kelainan Upaya' dek kerana mereka juga berupaya dan kadangkalanya terlebih berupaya. Mereka telah merancang untuk menjalankan aktiviti abseiling untuk 'OKU'

Peserta pertama mempunyai 'cacat penglihatan'. Dia 'buta' sejak dari kecil lagi. Peserta kedua seorang 'amputee'. Tangannya 'kudung' dek kerana kemalangan yang menimpa beliau. Peserta terakhir pula mempunyai ketidakupayaan 'Cerebral Palsy' (CP) sejak dari kecil. Beliau hanya berkerusi roda.

Alhamdulillah berkat kecekalan pasukan BOTP, kesemua peserta 'OKU' tersebut berjaya menuruni tebing yang curam di tepi kolam renang. Kesemua tadi hanyalah simulasi aktiviti abseiling untuk OKU. Sekurang-kurang dengan kaedah ini pelajar dapat mempraktikkan ilmu yang mereka perolehi di dalam bilik kuliah ke lapangan.

Cerita selanjutnya juga ada di sini.





6 comments:

Budak Bijak - 54L said...

Salam...
Simulasi tu adalah satu inisiatif yg sgt dipuji..yg mana kita juga harus berkhidmat utk Golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) dan memberi peluang kepada mereka untuk melakukan aktiviti Outdoor spt golongan yang 'upaya' cam kita..Saya pasti team "BOTP" berjaya melakukannya...dan kejayaan menganjurkan program utk golongan OKU seharusnya menjadi satu kebanggaan buat setiap pelajar @ ahli team "BOTP".

hisyamchemat said...

Salwati,
Benar belaka. Pasukan BOTP memang hebat. Walaupun cuma simulasi. Ianya kelihatan seperti keadaan sebenar.

ctrosmawati. said...

salam....saya tengok program ni betul2 rasa teruja...harap2 program kerjasama dgn kbs akan jadi satu titik permulaan kearah memantapkan lagi golongan OKU dimata dunia

hisyamchemat said...

CT,
Esok bentang cadangan program di KBS la. TQ kerana bagi peluang.

Budak Bijak - 54L said...

En.Hisyam n ct,nanti klu jd program ngan OKU bwh KBS tu,jgn lupe panggil sy ye..dh lama tak co-operate together..saya just datang membantu je..nak dijadikan 'pilot study' pn blh..hehehe..dah biasa buat dulu2..huhuhu

Hisyam Alewi said...

thank you very much en.syam di atas sokongan serta tunjuk ajar sepanjang program ini berlangsung..

- long live OKU -