FSR akan terus mengembangkan sayapnya. FSR yang bermula dengan program Diplomanya di Shah Alam pada Julai 1995, seterusnya pada Mei 2002 bercambah ke Arau, Perlis dan Kota Samarahan, Sarawak akan terus mengembangkan sayapnya ke negeri Dato' Mat Kilau. Insyaallah menjelang Julai 2009 seramai 60 orang pelajar-pelajar baru Diploma Pengajian Sukan (SR113) akan mendaftarkan diri di Kampus Jengka Pahang.
Sememangnya Kampus Jengka amat bersesuaian untuk pengembangan program Sains Sukan dan Rekreasi. Di situ terdapat kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang serba mencukupi. Makmalnya pula usah diperkatakan lagi, dari makmal dalam hinggalah ke makmal luarnya. Selain daripada kemudahan sukan yang telah tersedia di UiTM Pahang ini, terdapat juga Stadium Mini milik MSN berhampiran dengan kampus.
Hutan? Tak perlu pergi sampai ke Taman Negara Pahang atau Kota Gelangi (walaupun tempat ini berdekatan dengan kampus) kerana UiTM Pahang ini memiliki hutannya yang tersendiri di dalam kampus. Kemudahan untuk berkhemah memang mencukupi.
Siapakah pensyarah FSR yang akan mengajar di sana? Hahaha... inilah yang masih menjadi misteri. Sukar untuk meneka siapakah orangnya yang akan ke sana. 'Petunjuk' belum sampai.
Selain itu juga pengambilan kali adalah antara yang teramai. Perlis akan memuatkan 120 orang pelajar baru. Sarawak 60 orang dan Shah Alam seramai 35 orang. Macam-macam ragam dalam pengambilan kali ini. Ada yang siang-siang lagi dah merayu tak nak dihantar ke Sarawak, padahal keluarganya mampu. Ada yang taknak ke Jengka, mungkin difikirnya tak ada cukup hiburan seperti di KL. Iyalah dah biasa duduk di bandar. Mana mahu duduk tersorok dan terperosok di 'sudut dunia'.
Yang berasal dari Jengka pula tak mahu ke Sarawak. Nak jugak duduk di bawah ketiak mak dia. Tak mahu merantau langsung walaupun mampu. Kalau ikutkan saya apa salahnya merantau mencari ilmu. Di samping dapat mengaut ilmu secara formal, dapatlah juga melihat negeri orang dan memahami budaya setempat. Lelaki pulak tu yang tak nak merantau. Harubiru betul.
6 comments:
salam boss,
wah akhirnya FSR bertapak di jengka...ada rezeki boleh la nti tracy jd lect di jengka...hehehe..
Salam...
Dharap dgn pembukaan fakulti baru dcawangan Jengka akan meningkatkan lg jumlah pelajar sains sukan dan rekreasi yg berkualiti dan memenuhi ruang2 pekerjaan yg berkaitan.
Bg aktiviti rekreasi, mmg sgt patut dan sesuai dtempatkan dsitu. Mungkin final camp bleyh bwat kat Pahang jer...
Siapalah lectrr yg bertuah dpt kat situ... Nak sponsor myk msk dah ader!! hehehehe...
untung lah kalau dapat jadi lecturer kat sana..heheh..bos...
tahniah FSR...
yg en hisyam maklumkan ni adalah cwngan FSR yg nyata...
yg x nyata pun bnyk jgak...kt opis sy ni pun, 70% bekas FSR...seluruh MSN n ISN, boleh kata 70% ke 80% jgak...tu belum lg tmpt2 lain yg sy pernah keje dulu pun dipenuhi bdk2 FSR, haha...kt KBS, Jbtn Belia, pusat2 rekreasi, pun sama jgak...pegi mana2, pasti jumpe bdk FSR, dari yg 1st batch smpailah yg ntah batch ke brapa,haha...
smoga FSR terus brkembang dlm memajukan sukan dan rekreasi tanah air...
"FSR dihatiku..."
salam perjalanan...
Iyalah tu Lan,
Di mana bumi dipijak di situ langit kita junjung. Walau di manapun kita berada senantiasalah menceritakan kebaikan yang telah ditaburkan oleh organisasi yang bernama UiTM umumnya dan FSR khasnya. Tak rugi
Kampus Jengka bagus la..3 thn dok sana x sama best mcm 3 thn dok s.alam..rasa sndiri baru tahu..
Post a Comment