Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Friday 30 October 2009

Bangau oh Bangau

Kecoh jugak la di sana sini. Satu dunia sudah tahu tentang tahap keselamatan apabila beraktiviti luar di Malaysia. Itulah akibatnya apabila mengambil sikap sambil lewa di kalangan orang kita apabila beraktiviti. Seperti posting yang sebelumnya... sesungguhnya saya sangat-sangat bersimpati dengan keluarga tiga orang pelajar sekolah Dina Devi, Devadharshini dan Divya Shree yang kehilangan nyawa mereka kemalangan yang tidak diduga di Pos Dipang. Daripada laporan akhbar, pelajar-pelajar malang ini merupakan harapan keluarga dan juga merupakan pelajar harapan sekolah untuk UPSR.

Alahai jambatan gantung pulak yang disalahkan. Apalah salahnya jambatan gantung yang tak bernyawa tu. Jambatan tu tak ada suara untuk menjawab.

Hah! Tanya cikgu-cikgu dan pihak penganjur tu di mana depa berada ketika kejadian berlaku. Depa ni boleh menjawab. Masukkanlah dalam laporan akhbar dan siaran berita. Baru orang tahu, rupa-rupanya cikgu-cikgu tu sedang melayan kerenah ratusan lagi pelajar lain di kem tersebut. Daripada pembacaan dan pemerhatian saya, belum ada lagi laporan tentang kedudukan mereka tragedi berlaku. Sensasi ni.

Sepatutnyalah orang dewasa yang telah dipertanggungjawabkan untuk berada di kem ini berusaha untuk memantau, menyelia dan mengawal 22 orang peserta-peserta yang sememangnya tengah naik 'syeh' nak menyeberang Sungai Kampar tu. Tambahan pulak masa kejadian adalah sekitar 10.30 malam.

Apa yang boleh dibuat oleh kaum keluarga mangsa. Borang lepas tanggung sudah diisi dan ditandatangani. Di dalamnya mereka telah bersetuju untuk tidak menyaman pihak penganjur sekiranya berlaku sebarang kecelakaan. Alahai nasib-nasib.

Saya mencadangkan agar di lain masa pihak yang akan menganjurkan program-program sebegini menggunakan khidmat sukarelawan yang mahir dalam aktiviti sebegini. Saya merasakan ramai di kalangan pelajar-pelajar dan alumni di FSR sendiri sanggup menjadi sukarelawan untuk program yang bermanafaat sebegini. Jadikan penggunaan sukarelawan berkemahiran sebagai satu amalan dalam aktiviti luar. Saya faham cikgu dan penganjur tak dapat memantau keseluruhan program. Kalau dah tau tak mampu JANGAN BUAT! Senang kan.

Namun persoalan asal masih lagi saya tagih daripada penganjur dan cikgu-cikgu yang berada di sana. Ke mana perginya orang-orang dewasa di tapak perkhemahan terbabit ketika kanak-kanak ini melintas jambatan gantung tersebut.

6 comments:

rino-nong said...

bos, knp blog aku stil kat bwh?

WARNA WARNI KEHIDUPAN said...

cik saya pun sama. dah banyak cerita baru yg saya masukkan nape asik low rope jer. Dah la tu asik kat bwh jer

apaiA4 said...

Salam cik...
Tentang tragedi jambatan, kita sama-sama tunggu hasil siasatan..telus atau tidak.
Ni yang dua orang tu, rino dan kakoi, asyik kat bawah je...??? kenapa???orang suruh komen tragedi tu bukan komen asyik kat bawah je...saya punya kat bawah dan kadang2 tak ada langsung dalam senarai, macammana?????

hisyamchemat said...

Kepada yang berkenaan,
Jangan risau. Saya baca semua 24 blog anda untuk penilaian.

teamtact said...

bos... lagi kemalangan semasa rekreasi semalam di Kmapar... 3 orang pelajar UTAR mati lemas...

Haron said...

Rino, Kakoi,
Kita risau and simpati pasai tragedi mangsa yang still kat bawah tu, awat hang dok loklak pasai blog yg kat bawah 2.