Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Friday, 23 May 2008

Harta Tak Ternilai

Seorang rakan tiba-tiba bertanyakan apakah yang sebenarnya saya inginkan dalam hidup ini. Dengan spontan saya menyenaraikan "harta" yang menjadi idaman saya.

Saya rasa penjengok semua pun punya pendapat tersendiri tentang harta yang tidak ternilai ini. Di sini saya senaraikan "harta" yang tidak ternilai tersebut.

Pertama: Kesihatan tubuh badan dan minda yang cergas adalah harta yang tak ternilai harganya untuk kita di dunia ini. Tanpa adanya kesihatan kehidupan kita tidak akan ada maknanya.

Kedua: Setiap manusia memerlukan kasih sayang. Kita ingin dikasihi dan mengasihi. Tanpa cinta dan kasih sayang dunia akan menjadi hambar dan kosong.

Ketiga: Setiap insan menginginkan diri mereka dikurniakan rezeki yang melimpahruah. Tanpa kehadiran rezeki maka hidup akan terasa dalam keadaan kesusahan dan menderita. Namun rezeki yang melimpah ruah itu perlulah dari sumber yang halal, suci dan berkat agar kehidupan di dunia ini akan sentiasa tenang dan menyenangkan.

Keempat: Setiap orang menginginkan dirinya berjaya. Hanya orang yang kurang bijak sahaja mengidam dan merancang kegagalan untuk dirinya. Namun manusia akan banyak belajar untuk bangkit semula daripada sebarang kegagalan. Oleh itu sangat penting untuk kita merancang dan membayangkan teknik mencipta kejayaan yang diingini.

Kelima: Semua di atas dengan akan dapat dicapai dengan mudah sekiranya kita dekat dengan Allah subhanahuwataala, dengan meningkatkan ibadah kepadaNYA, membersihkan diri dan menjauhkan diri dari perkara yang ditegah oleh ajaran Islam. Semoga kita mendapat hidayahNYA, Amin.

2 comments:

ChTan said...

Syam,

"Harta" kehendakmu ini betul-betul bukan senang tahu? ha ha ha Kita cuba, yang menentu itu he? Sihat, Cinta,rezeki dan berjaya hebat "Hasrat" semua ini dan saya doa Syam boleh dan senang memperolehi ke semua ok, kalu tak semua, ad jua sikit-sikit n lama-lama jadi bukit kan! bye

hisyamchemat said...

Mr Tan,
Kesemua ini juga boleh dicapai berkat doa ibubapa, saudara mara, guru-guru, anak murid dan rakan taulan kita. Semuanya bergantung kepada izin Allah. Kalau tidak di dunia mungkin di akhirat nanti.