Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Thursday 22 May 2008

Tahniah

Tahniah kepada saudara Hasnul Faizal Hushin Amri aka Y.B. dan saudara Hashbullah Ismail. Kedua-duanya telah dilantik menganggotai kabinet dekan baru, Prof Madya Dr Mohd Khairi Zawi sebagai Ketua Program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sukan dan Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan. Semoga kedua-dua mereka berjaya memikul tanggungjawab yang telah diamanahkan.

Ucapan terima kasih juga tidak dilupakan kepada mantan Ketua Program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sukan, saudara Badrul Hisham Hussein aka cebad dan mantan Ketua Program Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan, Puan Norlizah Abdul Hamid. Kedua-duanya telah menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan dengan penuh berwibawa. Saudara Badrul kini telah dilantik sebagai Ketua Unit Kualiti di Institut Perkembangan Pendidikan, UiTM. Selamat bertugas.

1 comment:

ChTan said...

Friends,
Tahniah kepada yang lantikan baru dan mudah-mudahan yang lama akan menjadi semangat baru untuk FSR, Selamat bertugas yeh