Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Tuesday 20 May 2008

Selesai

Cabaran Sultan Ahmad Shah - Tioman International Eco-Challenge 2008 telah berakhir. Cabaran cuaca yang panas ketika fasa berlari dan berbasikal serta ombak yang tinggi menggunung ketika fasa berkayak tidak langsung merencat dan melemahkan semangat peserta. Mereka berjuang sehingga ke titisan peluh yang terakhir.

Juaranya pun telah ditentukan. Mereka memang juara sebenar. Pasukan Salomon Power Bar jauh meninggalkan pasukan lain di dalam perlumbaan yang mengambil masa tiga hari ini. Mereka mencatat 6 jam 33 minit 30 saat untuk jarak keseluruhan sekitar 40km. Di tempat kedua pula adalah pasukan Busat.com.my dengan masa 6 jam 50 minit 46 saat. Pasukan UiTM pula hanya menduduki tempat ke 10 daripada 20 pasukan yang bertanding dan membawa pulang RM1000.00.

Marshal seramai 15 orang daripada UiTM juga tidak kurang hebatnya. Mereka mendapat pujian kerana kecekapan mereka di dalam menjalankan tanggungjawab mereka. Saya secara peribadi sangat berpuashati dengan kecekapan dan kecemerlangan keseluruhan marshal yang dibawa khas daripada UiTM. Mereka mudah memahami bidang tugas masing-masing dan tidak berat sebelah di dalam menjalankan tugas yang telah diamanahkan. Ini turut diakui sendiri oleh President, Event Director dan Race Director. Penceritaan jujur salah seorang marshal ada di sini.

Jangan lupa saksikan aksi-aksi peserta dan marshal perlumbaan Sultan Ahmad Shah - Tioman International Eco-Challenge di dalam Majalah Tiga pada 24 Mei 2008 jam 9.00 malam.

4 comments:

Anonymous said...

Dari Penjengok-Penjengok Tegar,

Tahniah ianya telah berjaya dilaksanakan.
Nasib baik semua well-done dan bukan ikut-dan.


Cheers .....

hisyamchemat said...

Terima kasih PPT,
Terdapat juga kelemahan dalam perlaksanaan. Tak dapat diwar-warkan di sini lagi. Kena tunggu sampai proses bedah siasat selesai.

FoO dA fIrSt#1 said...

fullapak bos, siap ada slide show. ada lagu plak tu. mintak tunjuk ajar....

hisyamchemat said...

shuttozero#7,
Buka ja www.slide.com. Masukkan slide, pilih bentuk slide yang dikehendaki, ambil code html dan masukkan dalam post.