Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Thursday 8 May 2008

Saya dah Kata Jangan...

Dalam dok kata jangan, ada yang nak buat juga.

Rekod baru dalam pengawasan peperiksaan. Saya mengulangi perkataan jangan meniru, jangan bawa nota dan kalau ada serahkan pada saya berulangkali. Tapi yang degil tetap degil.

Sungguhpun kata-kata tersebut dilaungkan berulangkali. Tetap ada yang ingin menguji kesabaran saya.

Akhirnya tertangkap seorang pembawa nota kecil. Siap bertaip lagi tu. Banyak keping pula tu. Dilekatkan pada pakaian.

Berat rasanya saya nak tuliskan laporan pegawai penguatkuasa/ketua pengawas untuk kes ini. Tapi terpaksa. Pengajaran untuk yang suka membawa nota atau meniru. Selain itu juga beliau telah menganiayai dirinya sendiri.

Kalau saya tidak membuat tangkapan pula tentu saya dikatakan takut atau sengaja buat-buat tidak tahu kerana telah berulangkali memberikan amaran tetapi masih dipandang sinis.

Kasihan pelajar-pelajar lain yang tidak bersalah. Saya terpaksa mengganggu ketenteraman bilik peperiksaan beberapa kali.

Kenapalah perkara ini terjadi di hari akhir peperiksaan untuk pelajar terbabit. Tentu lepas ini beliau akan dihadapkan ke Lembaga Tatatertib. Apa tindakannya? Saya tidak boleh nyatakan di sini.

3 comments:

Anonymous said...

wah cepatnya masuk cerita ni...kalah cnn hahahha

Anonymous said...

Dari Penjengok-Penjengok Tegar,

Inilah salah satu kategori pelajar-pelajar yang tak 'FIT' seperti yang dimaklumkan dalam klip terdahulu.....

Belajar dari kesilapan

Cheers .......

hisyamchemat said...

Penjengok-penjengok Tegar,
Saya dah ulangi perkataan JANGAN MENGANIAYAI diri anda berulangkali kepada para calon, tetapi mereka engkar. Jadi apakan daya. Kena jalankan amanah yang diberi.