Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Friday, 25 July 2008

Jasa Ibu Ayah

Beberapa minggu lepas semasa dalam perjalanan ke tempat kerja telah berkumandang lagu yang sudah lama tidak saya dengari. Ia keluar dari corong sebuah stesen radio swasta. Saya lihat Kamilia begitu teruja dengan lagu yang sedang dimainkan itu. Kamilia cuba mengikut bait-bait lirik yang cuba disampaikan oleh penyanyi lagu tersebut, Aris Ariwatan. Saya bertanya: "Kakak pernah dengar ke lagu ni?". Kamilia diam seperti cuba menghayati lagu tersebut. Tiada jawapan. Selepas habis lagu berkumandang, Kamilia bertanya: " Papa...papa tau tak menyanyi lagu tadi". Saya menjawab: "Alamak papa lupa la kakak. Papa janji nanti papa cari lirik lagu tu ya. Kakak suka ka lagu tu?". "Suka!", jawab Kamilia ringkas

Memang betul, sekiranya dihayati sepenuhnya kita akan dapati bahwa lagu ini mempunyai daya tarikannya yang tersendiri di dalam menceritakan pengorbanan ayah dan ibu kita. Semoga kita menjadi anak yang soleh dan solehah dan seterusnya dikurniakan anak yang soleh dan solehah. Amin.



Satu... kasih yg abadi
Tiada tandingi dia yang satu
Dua... sayang berpanjangan
Membawa ke syurga kasihnya ibu

Tiga... lapar dan dahaga
Rela berpayahan setianya ayah
Empat... mudah kau ketemu
Berhati selalu beza antara
Kasih dan kekasih

( korus )
Ibu kuingat dahulu
Menyisir rambut ku kemas selalu
Ayah menghantar ke sekolah
Bergunalah ilmu bila dewasa

Sayang dengar lagu ini
Untuk kau sandarkan buat pedoman
Jangan manis terus ditelan
Pahit terus dibuang... itu bidalan
Harus kau renungkan

( ulang korus )

10 comments:

teamtact said...

salam.....

setiap kali terdengar lgu ni dan lagu "Ayah dan Ibu" nyanian arwah Sudirman pasti saya teringat wajah ayah dan ibu...... hai tak sabar rasanya nak jumpa mak dan ayah saya hari Isnin ni...... Alhamdullillah saya masih dapat menikmati kasih sayang ayah dan ibu......

teamtact said...

wah..... lepas ni ada broadband la bos kalau pukul 12.58am pun boleh berblog lagi....hehehe....

teamtact said...
This comment has been removed by the author.
HiCMat said...

Terima kasih teamtact bagi pinjam broadband. Sini OK, laju la juga. Kat Khulafa Bistro lagi ka?

teamtact said...

ya... kalau bos masih on line cek la blog saya untuk crita terbaru...

Penjengok-Penjengok Tegar said...

Di sebalik wajah yang ganas dan menakutkan, pasti ada kelembutan dalam diri masing-masing.

Cheers...

ADDIN "My Life Is Beautiful" said...

salam hicmat,

lagu ni memang ada aura tersendiri..meremang bulu roma bila mendengarkan lagu ni...teringat zaman kecil kecil yang indah...gambaran kasihnya ibu dan ayah membuatkan aku terkesima....rindu aku sungguh rindu untuk merasakan kasih suci itu...sengaja aku mengalirkan airmata yang mahal itu,untuk melayan perasaan dan merasai semula kasihnya dalam mindaku....

p/s hargailah kasih ibu dan bapa sementara ada...janganlah durhaka,tiada tempat yang setanding nya untuk mereka berdua...sukar untuk ayah berkata tentang sayang kepada anaknya ,tapi hakikatnya seorang ayah sanggup melakukan apa sahaja untuk anaknya ...waima mengantikan nyawa untuk diberikan kepada sianak...fikirkanlah...jangan durhaka ye...

HiCMat said...

Benar teamtact, PPT dan Boot,
Sayangi ibu dan ayah sementara mereka masih ada. Sekiranya kita derhaka dan tidak mohon maaf maka keluar airmata darah sekalipun setelah mereka tiada, tak dapat mengembalikan mereka berdua ke pangkuan kita.

Mohd Kamal said...

Suka intro dia..!! Part bebudak nyanyi. Jgn mare tumpang 'landing' jap.

HiCMat said...

Mohd Kamal,
Datanglah 'landing' selalu.