Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Tuesday, 8 July 2008

Lambat

Nak sampai ke kampus hari ini mengambil masa 50 minit dari rumah saya. Kebiasaannya cuma 8-10 minit sahaja. Mana taknya, air naik memenuhi ruang di dalam kedua-dua terowong untuk ke kawasan perumahan yang saya tinggal. Hujan lebat betul awal pagi tadi. Mencurah-curah seperti tak nak berhenti.

Terpaksalah guna jalan jauh. Melencong ke arah Bukit Raja. Keluar saja ke jalan Bukit Raja, sesak teruk. Nak bergerak sejauh 150 meter pun mengambil masa 40 minit. Kamilia dah resah. Takut lewat ke tadika. "Nanti cikgu marah", dia kata. Memang inilah pengalaman pertama Kamilia lewat ke tadika.

Baru sehari saya merasakan kesesakan jalanraya. Bagaimanalah pula dengan rakan-rakan pengguna jalanraya lain yang terpaksa menghadapinya setiap hari.

Saya bersyukur.

4 comments:

Anonymous said...

hari ni pun saya masuk office lambat. 9.30am baru sampai. jam mmg teruk. saya ingat saya yg lambat, rupa2nya bos saya pun lambat. sangkut jam juga......he he selamat, selamat,

moncet said...

huhu.
mmg serabut kepala..
semalam 1 jam 45 minit lewat..
mrr2..

shuttozero#7 said...

si moncet memang slalu lambat, tapi saya pon pagi td lambat gak sebab ujan. lambat bangun tido.

Anonymous said...

Kalau dulu sediakan lah payung sebelum hujan.....
Tapi sekarang sediakan lah PFD sebelum banjir melanda....