Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Tuesday 15 July 2008

Lenyap dari Pandangan

Semalam saya dikejutkan dengan kehilangan sebuah blog yang menjadi inspirasi saya sejak dua tahun lalu. Blog Prof Muhd Kamil Ibrahim, Kehidupan Ringkas Tapi Signifikan.

Pemilik blog tersebut pernah menjadi Dekan FSR dari tahun 2003-2005. Beliau banyak menulis berkaitan kehidupan beliau di dalam blog tersebut. Perjalanan dan perubahan dalam kehidupan beliau dari zaman 'jahil' hinggalah perubahan besar setelah pulang dari mengerjakan haji turut termuat dalam blog tersebut.

Kepada penjengok-penjengok yang pernah melayari blog beliau mungkin bersetuju dengan pendapat saya. Jadi sama-samalah kita doakan Prof Muhd Kamil terus tabah dan seterusnya menulis dalam blog baru beliau.

Nota HiCMat: Saya pun risau kalau-kalau blog (Coretan di Kala Senggang) dan kenangan saya semasa di Bendigo (Khabar dari Bendigo) di 'ghaib'kan dari pandangan. "Ya Allah, Jauhkanlah dugaan sebegitu berlaku kepada hambaMu yang kerdil ini". Amin.

3 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum...

Setiap musibah yang berlaku pasti ada sesuatu disebaliknya, yakni dapat menghapuskan dosa-dosa kecil yang kita lakukan. Oleh itu, janganlah En. Syam risau seandainya perkara ini berlaku kerana orang yang kuat adalah apabila ditimpa musibah, dia redha dan senyum lantas berzikir "innalillah hi wa inna ilaihirajiun"

hari-hari adalah Zikrullah.
-afi-

hisyamchemat said...

Terima kasih Afi

Anonymous said...

saya cadangkan bos buat backup file.... play safe...