Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Friday, 18 July 2008

Demang Soalang

Sekarang ini saya bersama-sama kesemua staf akademik FSR satu Malaysia sedang berkampung di Hotel UiTM Dungun. Misi kesemuanya adalah untuk menyiapkan soalan untuk peperiksaan akhir Oktober 2008. Kesemua kami setia berada di sini dari semalam hinggalah ke esok hari, insyaallah.

Deruan ombak yang menghempas pantai berhampiran tempat kami menginap sedikit sebanyak berjaya mengurangkan tekanan menyiapkan 2 hingga 5 set soalan. Angin Laut China Selatan yang bertiup menambahkan lagi kesyahduan sepanjang berada di sini.

Pagi tadi saya mendapat SMS daripada Liza. Tercatat di telefon bimbit saya yang berbunyi, "Abang, pagi tadi kakak nasihatkan adik jangan nakal-nakal... nanti mama pukul. Katanya papa yang bagitau, betul ka?"

Terus saya teringatkan Kamilia. Alhamdulillah dia dah pandai ingat mengingati sesama adik beradik.

7 comments:

ADDIN "My Life Is Beautiful" said...

salam hicmat,

dalam maknanya tu.....bagusla kalau kakak dah boleh ingatkan adik...abang-abang PERLU mengingatkan adik-adik,adik-adik pun PERLU ingatkan Abang dan Kakak...kita pula sama - sama ingatkan diantara satu sama lain...sama-sama jaga sesama kan ...itulah nikmatnya sebuah kehidupan....Kamilia pun dah pandai fikir...Alhamdulillah...aman

adios tq

wegreentheearth said...

dalam dan sungguh bermakna kata2 yang tersurat mahupun tersirat..
ingatlah kita sebagai abang dan kakak..
juga ingatlah kita sebagai adik2..
tentang kePERLUan amalan ingat mengingati..

salam indah dari JB

wegreentheearth said...

dalam dan sungguh bermakna kata2 yang tersurat mahupun tersirat..
ingatlah kita sebagai abang dan kakak..
juga ingatlah kita sebagai adik2..
tentang kePERLUan amalan ingat mengingati..

salam indah dari JB

moncet said...

Salam Reformis...
itulah keakraban antara adik beradik..
saling ingat mengingati
=)

teamtact said...

TERIMA KASIH....
ADDIN "My Life Is Beautiful" yang mungkin tidak terlibat secara langsung tetapi menunjukan keprihatin terhadap perhubungan adik beradik dalam PERLU... moga-moga comment tuan dapat membuka mata yang terpejam....

TERIMA KASIH sekali lagi ADDIN dan empunya blog......

ADDIN "My Life Is Beautiful" said...

salam ,

moncet>>>salam penyatuan

wegreentheearth>>>Dalam sungguh
Dalam

Teamtact>>> sama-sama kasih

teamtact said...

Salam....

teamtact tertanya-tanya pais tu makanan macam mana...??