Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Thursday, 3 July 2008

Berjaya atau Gagal

Hari ini dua perkara berlangsung serentak di FSR.

Pada sebelah pagi tadi International Sports Science Research Workshop 2008 telah selamat disempurnakan perasmiannya oleh wakil Menteri Belia dan Sukan iaitu Ketua Pengarah ISN, Datuk Dr Ramlan Aziz. Lebih 100 orang peserta yang menghadiri Bengkel Penyelidikan Sains Sukan yang berlangsung selama 2 hari ini.


Di sebelah petangnya pula staf FSR menghadiri program 'Sepetang Bersama Pelajar Baru'. Inilah peluangnya untuk pelajar-pelajar yang baru mendaftar di FSR beramah mesra dengan kakitangan akademik dan pentadbiran di FSR.

Kita hanya merancang tetapi Allah jua yang menentukan segalanya.


Kehadiran pelajar baru untuk pertemuan ini sungguh mengecewakan. Hanya pelajar wanita sahaja yang menghadirkan diri. Selepas kesemua pensyarah sanggup mengorbankan masa emas mereka untuk berjumpa pelajar baru, adakah ini balasannya. Alasan hujan memang tidak sesuai langsung digunakan.Tapi itulah alasan yang diguna pakai. Budak sukan takut dengan hujan. Apa dah jadi?

Mungkinkah kerana Minggu Orientasi kini telah menjadi begitu 'lembut' berbanding zaman saya di universiti dulu menjadi penyebabnya?

9 comments:

moncet said...

Bersama alumni bila bos?
hehehe

powerball lottery said...

This blog could be more exciting if you can create another topic that everyone can relate on.

Anonymous said...

Betul tu, saya sokong cadangan moncet.

-ust-

Anonymous said...

betoi2..
hamba stuju..
pttnye orientasi fakulti sendiri pon ade..
mcm thn 2001..

ADDIN "My Life Is Beautiful" said...

salam...

benar lagi betul...semoga nasihat hicmat menjadi ikutan semua yang terlibat dengan sukan ..jgn takut hujan dan panas...cuba...cuba ye..hehe..memalukan je...

p/s orientasi dulu mengajar senior menjadi pemimpin dan junior yang dipimpin ..process itu menjadikan warga kampus hebat,berkarisma dan bertanggungjawab...aku sentiasa mengingatkan memori minggu orientasi tahun 92..apa taknya orientasi sebulan tuuuu...1 minggu peringkat kolej,1 minggu peringkat blok dan 2 minggu peringkat universiti....hebat banyak belajar woo...positif la sikit ..dan senior lak jangan lak melampau cam beruk dapat bunga...terima kasihku pada senior aku...

Pintarian KPZ UPM
minggu suaikenal 1992

ADDIN "My Life Is Beautiful" said...
This comment has been removed by the author.
Penjengok-Penjengok Tegar said...

Salam Boss,
Mungkin diaorang memerlukan minggu orientasi semasa zaman 1996 dahulu dimana kesan dan peninggalan sejarah masih terngiang-ngiang dalam memori.
Bab bersama alumni tu biar lah yang macam buku bertemu ruas.
Kalau setakat nak jumpa Alumni yang jiwang karat, baik tak payah la jawabnya.

Cheers ......

moncet said...

yeah sokong..
nasib baik alumni2 skang ganas2
hehe..

mohd said...

haha...budak2 baru tu boss..tunggu nanti la kalau dorang join outdoor..xde alasan hujan lagi dah untuk dorang..hehe..