Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Wednesday, 30 July 2008

Malang Tidak Berbau

Sudah empat hari berturut-turut saya mendengar dan melihat sendiri kemalangan yang menimpa pelajar UiTM. Kesemuanya berlaku di sekitar Shah Alam. Bermula dengan kejadian E.A. dilanggar dari belakang oleh basikal semasa menjalankan aktiviti di Bukit Cerakah sehinggalah kejadian petang tadi di mana pelajar UiTM mati dilanggar lori berhampiran Mahkamah Tinggi Shah Alam. Semalam pula sepasang pelajar universiti melanggar bas di dalam kampus. Khabarnya keadaan keduanya kritikal.

Setiap hari saya secara individunya akan berdepan dengan penunggang-penunggang 'berani mati' yang menunjuk lagak ngeri di dalam kampus. Antaranya memasuki simpang yang diingini sesuka hati tanpa lampu isyarat (signal), memotong di kiri dan kanan jalan, tidak berhenti di simpang jalan, menggunakan telefon bimbit samada ketika menunggang motosikal atau memandu kereta, menunggang motosikal tanpa topi keledar yang sesuai (helmet setengah) dan tali topi keledar yang tidak diikat kemas.

Terdapat penunggang motosikal lelaki pula gemar atau 'terpaksa' membawa pasangan mereka yang berlainan jantina di belakang sebagai pembonceng samada ke kuliah atau ketika mengisi masa senggang. Sedarkah mereka tentang tanggungjawab yang besar ke atas anak dara orang bukan anak beruang yang dibawa di belakang mereka. Sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini terhadap anak dara tersebut, sanggupkah mereka bertangungjawab. Ini belum dikira lagi hukum Allah. Sudah tentu hukumnya haram. Belum ada ikatan lagi bro, sabar la.

Sebelum malang menimpa jauhilah maksiat wahai saudara dan saudariku sekalian. Jangan sampai anda dikejar dengan parang oleh 'bakal bapa mertua' di dalam kampus baru lari tak cukup tanah.

Kehadiran anda ke universiti adalah untuk menuntut ilmu. Pasangan sebagai sumber inspirasi boleh dicari, tetapi janganlah sampai melanggar hukum Illahi. Anda harapan keluarga dan negara.

Nota HiCMat: Sahabatku sekalian mohonlah dari-Nya agar kita semua diselamatkan ketika menaiki kenderaan. Amalkanlah ayatul Kursi dan doa menaiki kenderaan. Wallahuaklam bissawab

6 comments:

Tropic Puppet said...

Salam En. Syam,

Tersentak jugak bila saya baca blog En. Syam kali ni. Tapi sekurang-kurangnya sedikit sebanyak dapat menyedarkan saya dan sesiapa saja yang membaca blog En. Syam kali ni.

ADDIN "My Life Is Beautiful" said...

salam hicmat,

benar dan betul....mengucaplah sebelum kenderaan nak bergerak kata seorang tua kepada saya suatu masa dulu...selepas beliau menceritakan pengalaman kemalangan suatu masa dulu...sebagai persediaan untuk menghadapi mati..."malang tak berbau, ye nak"

AHLI Perlu said...

bersama-sama kita renungkan..
berhati-hati

yy said...

salam boss..

mmg takut bile mengenangkan pasal accident ni. semalam masa yy dlm bas, lalu kat highway dengkil, ada kereta kena langgar ngan lori. driver dia tercampak dari kereta ikut cermin depan. accident tu masih baru lagi. driver dia dah tak sedarkan diri, pastu family dia keliling dia, nangis tak tau nak wat pe. kesian yy tgk, tp tak bole nak wat pe pasal bas dah nak jalan. ada satu hamba ALLAH ni uruskan mereka semua.
kekadang tu, kita dah berhati2 ngan siap safety skali, tp org lain pulak yg tak berhati2..maka..jadi mangsa la pulak kita atas kesalahan org lain.
pelik la org skrg, mungkin mereka rasa nyawa bole beli kat kedai kot. kesian kat mak ayah yg tunggu kat umah ngan penuh harapan tp sebaliknyer..tunggu jenazah anak kat umah.
iskh...

aiShaH said...

Salam..

Tu la takut dengarkan kes kemalangan sebegini. Aishah siap pesan budak jgn bawa laju-laju n hati-hati.. kalau dah tahu ada kuliah awal, bangun awal.. ni bila dah lambat tu yg kelam kabut..

Macam pagi tadi.. berdekatan bulatan di sekyen 16, kita dah beri isyarat nak masuk kiri.. tiba-tiba motor ni terus lalu depan kita n menyusur ke arah kanan.. kan bahaya.. kami tergamam, sempat hon dan terus brek.. boleh si pembawa motor tu marah n menunjukkan isyarat lucah.. Sepatutnya kita yang marah.. ni terbalik kot pula.. heran dgn budak-budak muda sekarang..

Cuba bayangkan kalau tadi kenderaan kami 'bercium' siapa yg teruk.. Penunggang ni dah tak sayang nyawa kot.. lain kali kenala berhati-hati.. kalau nyawa melayang bukannya boleh dapat balik.. sian kat mak n ayah

teamtact said...

Salam rekreasi...

Daripada-Nya kita datang, kepada-Nya lah kita kembali....mngkin negara kita aman, tidak ada peperangan, tidak ada kebuluran, tidak ada gempa bumi..... tapi kemalangan yang menjadi alasan untuk kembali pada-Nya. tapi sebagai manusia kita harus mengambil langkah keselamatan bila dijalan raya dan dalam apa sahaja yang kita lakukan..... kerana ajal maut di tangan-Nya. tapi kitalah kena berusaha untuk mendapat yang terbaik...