Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Tuesday, 26 August 2008

Bukan Sekadar Beraktiviti

Subjek Outdoor Recreation yang saya cuba terapkan lain dari yang lain. Tak percaya ka? Kalau tak percaya cubalah jenguk-jenguk kami di kem. Itupun kalau ada kelapangan. Fasilitator PERLU dan para peserta yang pernah mendaftar untuk subjek Outdoor Recreation atau dahulunya Recreational Outdoor Pursuit yang saya ajar tentu faham. Ada juga yang masih buat-buat tak faham. Saya tak kisah.

Walaupun namanya Outdoor Recreation namun saya cuba terapkan juga elemen-elemen dalam Outdoor Education. Menggunakan alam semulajadi untuk mendidik.

Semasa amali saya tidak hanya tekankan domain psikomotor [kemahiran] sahaja. Kemahiran mereka boleh dapat dengan menyertai kem-kem rekreasi yang lain. Tapi domain afektif [attitude] saya tekankan selain daripada domain kognitif [pengetahuan] yang tidak dipinggirkan. Elemen kerohanian langsung tidak ditinggalkan. Sembahyang berjemaah bila masuk waktu dan berdoa sebelum memulakan aktiviti. Kini saya galakkan peserta dan fasilitator sujud syukur sesudah selamat melaksanakan aktiviti.

Amali yang dilaksanakan bukan untuk mengajar dan menilai pelajar yang cekap berkayak, pantas menuruni menara ketika aktiviti abseiling dan laju menghabiskan aktiviti navigasi. Ianya lebih kepada misi yang sama di dalam melaksanakan aktiviti, semangat sepasukan, rasa kekitaan, memaksimumkan kreativiti, memaksimumkan penggunaan sumber yang ada, pengurusan konflik sesama peserta dan masyarakat, penyelesaian masalah dan seterusnya membuat keputusan.

Bukan senang nak mendidik anak orang yang baru dikenali tak sampai dua bulan. Saya tak nak jadi seperti bapa ketam mengajar anaknya berjalan. Saya perlu tunjukkan contoh dahulu. Contoh yang baik. Kalau ianya satu lakonan tentu akhirnya terbuka juga pekung di dada. Maka saya perlu mendidik diri sendiri sebelum mendidik anak orang.


Bukannya mudah untuk mengubah sesuatu sikap yang telah dibawa-bawa semenjak dari kecil lagi. Antaranya malas, susah bangun pagi, berat tulang, tinggalkan solat, panjang tangan, suka merungut, merokok dan banyak lagi tingkahlaku negatif yang menjadi 'darah daging' kehidupan. Namun apa salahnya saya mencuba. Biarpun ramai yang tak suka.

14 comments:

moncet said...

terima kasih boss malam tu!!
menusuk ke dalam..
=)

aboy said...

Kalau xbanyak pun skit la boss..
dorang dah ade perubahan selepas habis final camp tu..
Tanggungjawab kita semasa final camp dah ditunaikan..
harap masing2 dapat mengaplikasikan di dalam kehidupan sebenar..insyaAllah..

Anonymous said...

Hisyam,

Apa yang boleh saya katakan ialah good, bagus dan baik saja! tak ada apa yang tak baik nak saya cari carilah. Teruskan usaha yang baik dan murni ini semoga syam akan menjadi role model pelajar didikan Hisyam ok.

Anonymous said...

Hisyam,

Apa yang boleh saya katakan ialah good, bagus dan baik saja! tak ada apa yang tak baik nak saya cari carilah. Teruskan usaha yang baik dan murni ini semoga syam akan menjadi role model pelajar didikan Hisyam ok.

yazilahyazir said...

Salam Boss,

Terima kasih untuk segala-galanya. Boss bukan hanya mendidik pelajar @ peserta, malah kami semua (PERLU). Thanks again boss...
Wassalam

ADDIN "My Life Is Beautiful" said...

salam hicmat

tahniah,semoga usaha yang baik itu akan menjadikan amalan dan bekalan suatu hari nanti, kalau kita tak didik camtu siapa lagi?moga benih yang baik dapat menghasilkan pokok yang baik dan mendapatkan hasil yang baik pula....ramai pengajar hanya tahu mengajar subjek sahaja ...tidak ramai yang pandai mendidik pelajar untuk menjadi insan....moga tanggungjawab ini kita dapat pikul bersama untuk melihat lebih ramai anak bangsa berjiwa pendidik bagi membangunkan alif,ba dan ta..

semoga hicmat diberikan kekuatan dan kesabaran oleh yang maha esa..amin

teamtact said...

Assalamualaikum,

malas, susah bangun pagi, berat tulang, tinggalkan solat, panjang tangan, suka merungut, merokok dan banyak lagi tingkahlaku negatif yang menjadi 'darah daging' kehidupan.....

bos dah banyak mendidik,menasihat,mengingat berpesan..... harapan saya bos doakan kami..doa seorang guru....

wegreentheearth said...

terima kasih atas tunjuk ajar bos selama ini..dari tunjuk ajar bos selama ini saya dan rakan2 yang lain dapat menangani kejadian berhampiran sg.sauk dengan selamat..terima kasih bos..

HiCMat said...

Rakan-rakan sekalian,
Saya hanya berkongsi dan menyampaikan ilmu dan pengalaman yang sikit ini. Hanya setitis dari air di lautan. Jangan terlalu memuji muja. Saya takut dengan dengan puji dan puja. Saya tak SUKA dipuji dan memuji diri sendiri kerana ianya adalah sifat mazmumah yang membuahkan sikap riak. Saya takut. Sebenarnya yang layak dan berhak dipuji hanyalah Allah swt. Seperti maksud dalam surah al-Fatihah: “Segala puji hanya untuk Allah, Pencipta dan Penguasa seluruh alam.” (Surah al-Fatihah, ayat 2). Terima kasih semua.

Ikhlas,
Hisyam Che Mat

Anonymous said...

Dear Hisyam,

Something that (may be nothing) I want to share with you all..

I've follow your blog since about 4 month ago after being introduced by Azharudin a.k.a Boot. This blog help me when the memory of outdoor come into mind and it may help a lot with some visual material.

Outdoor & nature is major part of my character building medium. My friend and I have been EXPOSED to outdoor since our early years at UPM and have to find ways by OUR OWN INITIATIVE to be (so called) expert in specific outdoor areas for instance, climbing-roping-land base, water-base and aeronautic activities. Yet, none of us being recognised as expert after we digging to depth, time and resources that we have spent due to expanding of outdoor theory and knowledge.

What we have conclude is 1 precious secret-exploring ourself (inner-part) so we will MASTER and EXPERT to ourself.

Dahlan@sotot

hafizzuan said...

outdoor banyak mengajar saye tntang kehidupan..banyak perkare positif yang saye pelajari semase xtivity outdo0r djalankan.thanx En.HisYam.

izha said...

melalui final camp nie......
saya dpt byk pengalaman baru....... sama ade yg manis atau pahit........
semua pengalaman ini tk dpt saya lupakan........
thx en.hisyam.........
n PERLU

musclegain said...

mendapatkat perkara yang bagus mestilah banyak pahitnya..... tapi manisnya bila tersedar dari tidur... kata dato' Dr fadzilah kamsah "bagaimana kita hendak menerobosi sempadan diri" Kenali diri anda dan kelemahannya dan bertindak dengan cemerlang... memang pahit kata peserta tapi disebalik kepahitan itulah ada ilmu yang tidak dapt diberitakan tapi dijelaskan dengan halusnya.... saya adalah salah seorang peserta kenyir. kenyir banyak mengajar erti kesabaran .. ketekunanan ,kerjasama... dan pelbagai lagi... membolehkan seseorang menerobosi sempadan diri dengan menerima kritikan untuk kemajuan, kerana tegur menegur adalah amalan org islam... dalam konsep pembelajaran teguran amat penting.. satu skill yang sedar atau tidak kita dapat....rasulullah s.a.w bersabda "orang yang cemerlang adalah orang yang bersyukur apabila dikritik atau ditegur". Dan antara orang yang berani mengkritik kita adalah guru kita.... dan itu lahirlah org2 yang cemerlang... akhir kata thank a lot En hisyam for everything.... u the good teacher....

HiCMat said...

musclegain,
Kalau dunia ini ada ramai la orang macam kamu, tentu aman dunia. Satu lagi... mudahlah sikit kerja saya sebagai cikgu.