Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Friday 1 August 2008

Hari yang Sibuk

Semalam merupakan hari yang penuh diisi oleh saya. Jam 8.30 pagi dimulakan dengan kuliah Rekreasi Luar di Makmal Rekreasi. Seterusnya amali pula dijalankan sehinggalah ke pukul 1.00 tengahari. Saya berkesempatan solat zohor berjemaah di surau Perolehan selepas makan tengahari di cafe berhampiran bersama Mustakim yang sudi datang membantu melancarkan kelas amali.

Tepat jam 2 petang mesyuarat pengurusan fakulti berlangsung dengan dihadiri oleh Dekan, Timbalan Dekan, Ketua-ketua Program dan Penolong Pendaftar. Banyak perkara bersangkutan pengurusan dan perancangan fakulti yang diperbincangkan di dalam mesyuarat selama tiga jam tersebut.

Selepas itu sekitar jam 5 petang semua ahli mesyuarat bersama-sama barisan pensyarah menuju ke lokasi seterusnya. Di Bilik Kuliah 8 saya aturkan perjumpaan pelajar Diploma Pengajian Sukan (SR113) bersama Dekan FSR. Tujuan Dekan ingin bertemu dengan pelajar SR113 adalah untuk memberi amanat awal semester dan seterusnya nasihat. Program tamat sekitar jam 6 petang.

Seterusnya saya bertemu dengan kesemua pelajar Semester 5 SR113 di dewan kuliah berhampiran. Tujuannya untuk diberikan taklimat pemilihan lokasi latihan praktikal untuk semester hadapan. Selepas tamat taklimat, telah menunggu di luar dewan adalah saudara Fuzaime, pelajar projek tahun akhir di bawah seliaan saya. Tujuannya kehadirannya untuk membincangkan tentang projek tahun akhir beliau.

Hampir waktu Maghrib baru saya sampai di rumah. Solat Asar saya hampir jadi Asar Gajah. Oh Dunia.

Selepas Solat Maghrib saya menonton Buletin Utama. Kepala saya dah mula berasa pening. Terlampau pening. Sukar nak digambarkan. saya cuba menelan ubat tahan sakit yang diambil dari klinik di Dungun. Selepas beberapa ketika, masih lagi tiada kesannya. Liza ingat saya main-main. Saya jarang menunjukkan kesakitan di hadapan Liza. Herolah katakan.

Saya kemudiannya dibawa ke DEMC. Liza yang pandu. Kamilia asyik nak mengurut kepala saya. Kamil seronok, tak faham apa yang berlaku. Sepanjang perjalanan mulut hanya mampu berdoa kepada Illahi agar dikurangkan sakit yang ditanggung ini. Selepas dicucuk di 'pinggul' barulah hilang sedikit derita. Alhamdulillah.

Hari ini saya boleh kembali bertugas biarpun doktor ingin berikan MC. Syukur kehadrat Illahi. Terima kasih puan doktor.

Nota HiCMat: Sahabat sekalian doakan kesihatan saya sekeluarga. Terima kasih

13 comments:

PPT said...

Kisah Banding 01 mengingatkan PPT tentang kesihatan Boss suatu ketika dahulu.
Tiba-tiba ianya terjadi......

InsyaALLAH keluarga PPT mendoakan tahap kesihatan Boss sekeluarga kembali pulih.


Cheers.....

sname said...

Semoga bos sentiasa dalam keadaan sihat dan kuat..
agar dapat terus membimbing kami..
amin~

Anonymous said...

salam boss..

banyakkan rehat boss..
kesihatan itu penting, baru bole jalankan tugas.
semoga ALLAH s.w.t memelihara kesihatan dan panjangkan umur boss n family...
amin

have a nice day boss..

hisyamchemat said...

terima kasih semua

wegreentheearth said...

salam bos,
semoga bos sekeluarga sentiasa sihat dan kuat untuk terus membimbing kami semua..
amin

Anonymous said...

assalamualaikum en hisyam.
tumpang lalu, maaf ganggu. cuma nk tanya, bila borang permohonan kemasukan untuk dgree sport science akan keluar. adakah perlu gunakan borang atau daftar secara online sahaja.

maaf kalau pertanyaan ni terkeluar dari tajuk blog ni. sy juga doakan agar en hisyam sentiasa sihat disamping keluarga. insyallah.
assalamualaikum.

Anonymous said...

salam...syukur tak jadi apa2.saya sentiasa bos n family sihat sentiasa...amin..

Anonymous said...

Asalammualaikum,

Semoga cepat sihat bos, moga-moga musibah yang ditanggung dikira kifarah dari Allah S.W.T.... Amin...

ADDIN "My Life Is Beautiful" said...

salam hicmat,

semoga sihat dan jagalah kesihatan selalu...may god bless u bro

ADDIN "My Life Is Beautiful" said...

salam hicmat,

semoga sihat dan jagalah kesihatan selalu...may god bless u bro

Anonymous said...

hisyam

itu tanda nya kita dalam keadaan stress. Relax boss take things easy

izha said...

semoga en hisyam sihat sentiasa.......
kami memerlukan en. hisyam tuk beri tunjuk ajr....
terutama final camp nie.......
perlu banyak rehat.........
salam

Apize said...

semoga bos dan keluarga sentiasa dalam keadaan sihat sentiasa. Amin.