Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Thursday, 7 August 2008

Pertemuan

Sebentar tadi saya dikunjungi oleh Encik Mohd Aznan sekeluarga. Beliau merupakan bapa kepada Ellail Ain, pelajar yang telah ditimpa kemalangan ketika sedang beraktiviti di Taman Pertanian Malaysia. Tujuan kedatangan mereka adalah untuk menyampaikan ucapan terima kasih di atas keprihatinan pihak fakulti di dalam mengendalikan urusan rawatan anak mereka.

Alhamdulillah El dah sembuh. Saya rasakan sembuh sepenuhnya. El begitu bersemangat untuk turut serta menjadi fasilitator di Kenyir nanti. Tak kenal erti serik. Saya cuba mengacah supaya El berehat dahulu. Tak perlu bergocoh-gocoh untuk ke Kenyir. Ada lagi peluang di masa akan datang. Tapi El enggan. Dia nak juga ke Kenyir.

Ibu dan ayah El setia menemani El ke UiTM petang ini. Kasih ibu dan ayah dapat saya lihat di mata kedua-dua mereka. Saya bersyukur kerana dipertemukan dengan dua insan yang cukup prihatin dan baik hati. Rupa-rupanya ibu El merupakan 'peminat' blog saya. Ya ka?

Semoga perkenalan ini akan berterusan. Saya menjemput keduanya dan keluarga ke rumah saya hujung bulan nanti untuk menambatkan lagi silaturrahim yang sedia terjalin.

5 comments:

aboy said...

Go el....Awak antara pelapis harapan PERLU..Kaut n timba lah sebanyak ilmu rekreasi dari Boss and dari aktiviti persatuan.Kembalikan lah Kegemilangan Persatuan kesayangan kita k..Wish u all the best..

Boss.cuti diluluskan.Final camp kali ni kalau ade kekosongan..saya tawarkan diri untuk berkhidmat membantu sedaya yang mampu..

HiCMat said...

Boleh saja.

teamtact said...

salam rekreasi boy,

Alumni ada apa2 melalui azmi.....
tu la, malam tadi tak datang.... baik hang call mi

FoO dA fIrSt#1 said...

tahniah el, moga persatuan ada instruktur wanita yang berkebolehan.

aDzLy RajLi said...

Alhamdulillah El dah sihat..
MOGA2 final camp kat kenyir nanti semuanya selamat...INSYAALLAH..amin.