Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Wednesday, 6 August 2008

Senjata Mukmin

Doa memainkan peranan yang cukup besar di dalam kehidupan setiap insan. Selalu kita berpesan kepada orang yang lebih tua daripada kita supaya sentiasa mendoakan kesejahteraan hidup kita dunia akhirat. Anak senantiasa mendambakan doa daripada ibu dan ayah mereka.Ini kerana doa daripada seorang ibu terutamanya akan memberi kesan besar ke dalam jiwa anaknya.

Berdoa di kala ingin memulakan sesuatu aktiviti rekreasi juga merupakan sesuatu yang baik untuk diamalkan. Saya sering mengingatkan para peserta program saya supaya tidak lupa berdoa sebelum memulakan sesuatu aktiviti. Kita memohon Allah menambahkan ilmu melalui aktiviti yang akan dijalankan dan seterusnya memelihara keselamatan kesemua peserta yang akan mengambil bahagian.

Maka saya ingin berpesan kepada diri saya sendiri dan penjengok-penjengok sekalian, ingatilah Allah di kala senang dan susah. Hanya kepada-Nyalah sahaja kita memohon perlindungan. Semoga apa sahaja aktiviti yang kita jalankan dirahmati dan mendapat keberkatan dari-Nya.

9 comments:

aboy said...

Salam boss...

betul tu boss..manusia yang lemah seperti kita ni kekadang lupa padaNya..Walhal..Yang Maha Esa tidak pernak melupakan kita..
setiap saat,setiap minit kita diberi nikmat kehidupan dari nya..
nayangkan Allah tarik salah satu nikmat kehidupan dari kita..Contohnya membuang air..Alangkah seksanya kita..Ya Allah..Pada Engkau la kami memohon..Dan Kau lindungilah umat mu yang lemah ini..Amin..

Penjengok-Penjengok Tegar said...

Mai kita sama sama berdoa pada ALLAH agar dijauhkan dugaan-dugaan seperi wabak penyakit, bencana alam, kemarau panjang, persengketaan, kemiskinan dan lain-lain lagi, AMIN.

Cheers......

zulkifli mohamed said...

Bang,
apa khabar? kenal aku lagi tak..BINGAI...

Bingai said...

Semalam aku tercari-cari kawan lama kat internet..and luckily aku terjumpa orang bernama Ungkal yang dah lama aku tak jumpa....
so macam mana kerja? aku still kat Tourism malaysia lagi..

HiCMat said...

Ala bingai... apa pulak tak kenai...orang besaq kat kat Tourism Malaysia. Call saya kalau ada kelapangan. Dok ikut lagi ka program KOBUPM. Boot & Kudult pun ada blog.

moncet said...

hehe
bos jumpa kawan lama ka?
berkat doa tuh..
=)

wegreentheearth said...

alhamdulillah...
jumpa jugak kwn lama..

HiCMat said...

Abe & Mus...
Jejak kasih da. Biaq ramai kawan jangan ramai musuh. Kesian PPT

Penjengok-Penjengok Tegar said...

Nak buat macam mana, dah nasib badan daaaaaa

Cheers....