Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Thursday, 14 August 2008

Ramainya

Ramai yang dok bertanya kenapa ramai sangat alumni yang sanggup menghadirkan diri untuk amali perkhemahan saya. Apa ilmu yang saya pakai untuk tarik mereka.

Sebenarnya saya sendiri pun begitu teruja apabila memperkatakan pengorbanan alumni FSR ini. Mereka sanggup datang dari jauh, mengambil cuti tahunan/cuti rehat sendiri untuk bersama-sama membantu menjayakan amali yang bakal diadakan tidak beberapa hari lagi. Keikhlasan mereka jelas terpancar sehingga ada yang menghubungi saya dari awal semester bermula lagi. Mereka ikhlas ingin membantu di dalam mencurahkan ilmu dan pengalaman yang mereka ada. Saya sungguh-sungguh terharu.

Hari ini Azlan yang kini bertugas di MSN memaklumkan cutinya tidak diluluskan di saat-saat akhir. Sedihnya.

Azmi, Rafsan, Mus, Yasir, Abe dan Aboy dah lama maklumkan mereka akan dapat ke Tasik Kenyir. Tracy pula katanya sanggup terbang dari Negeri di Bawah Bayu. Cheq datang dari Pasir Salak. Yazilah sanggup mempercepatkan kerjanya di Perlis untuk turut hadir. Mungkin ramai lagi yang akan hadir ke Kenyir tanpa makluman. Mungkin ingin bikin surprise... Apapun alumni sentiasa dialu-alukan.

PPT sekeluarga masih lagi belum beri maklumbalas. Mungkin sibuk agaknya. Apapun kita tunggu hingga ke hari Sabtu ini untuk mengetahui kehadiran para alumni FSR di Kenyir. Adios

13 comments:

kuDULT said...

salam..

Aku pun teringin nak join sambil melawat tempat bersejarah dalam hidup aku tuu..tapi rasanya tak dapat buat masa sekarang ni. Sampaikan salam buat kawan-kawan di Kenyir.

P/S: kalau ada yg berminat nak buat sijil MASCA kayak star 1, boleh le bagi tau. Ada sahabat nak buat secara percuma. Bayar duit sijil je RM10...tidak pun belikan dia rokok je. Syaratnya sediakan kemudahan kayak & tempat.

wegreentheearth said...

bos, saya rasa ilmu outdoor yang bos pakai untuk tarik kami semua..
untuk PPT..ada bran ke tak ni..

Stoner said...

Assalamualaikum~

Kepada semua yg terlibat utk final camp, semoga semua selamat pergi dan selamat pulang. Maaf sebab x dapat join atas tanggungjawab kerja.

Peace~QASEH EMILY

HiCMat said...

Kudult...
Nanti aku call

Stoner,
Takpa, kerja itu ibadat. Dahulukan

ChTan said...

Hisyam,

Good day, it is a wonderful sign that our alumni are "kenang budi" right? They are "sayang" you especially and faculty members all even to their "junior" as well good work man!

yazilahyazir said...

salam boss...
sebenarnya boss ajar kami ilmu dengan ikhlas dan kami amat menghormati boss. Pekerjaan kami berjaya pada hari ini pun berkat dari doa dan ilmu boss yg boss curahkan kepada kami. Terima kasih boss...Ini sahaja caranya untuk kami membalas balik jasa boss kepada kami dengan membantu final camp boss. Kami doakan semoga En. Hisyam dan family panjang umur, dipeliharakan kesihatan, dimurah rezeki dan boleh terus memberi ilmu kepada kami...Amin

aboy said...

Dengan keikhlasan yang boss berikan dalam menyampaikan ilmu kepada kami tu la yang membuat kami juga ikhlas untuk membalas n membantu boss...All the best Final Camp kali ni..Amin...

myre said...

salam..
kepada semua yang pergi ke tasik kenyir selamt pergi n pulang dengan selamt..ader masa datang la rumah...rumah saya sentiasa terbuka untuk semua....:)gud luck k...

P/S :en.hisyam si El tu sgup nak g rumah saya..die nak tgk gak final camp tu walau jap...tu pun kalau tket ke trganu ader lagi...

gReeNBeRRy said...

salam boss..selamat berjaya dgn final camp,semoga selamat pergi & kembali..alumni mmg mengenang jasa2 boss sbg GURU kami..dan xsanggup melihat boss susah sorang2..

semoga tradisi ini akan berkekalan sampai bile2..

p/s:maaf kerana xdpt nk join final camp dan berkongsi ilmu dgn adik2..

ema said...

Kalau nk tau nape kami suka join final camp ni coz ilmu yg bos berikan kami dulu cukup memberi kesan kpd kami semua.Macm2 pengalaman yg kami dapat.Suka, duka,Seram n yg paling best dapat jumpa kawan2 lame yg dh lame tak jumpa..WAA...WAA..Nak gi gak..tapi cuti ni saya ada program lah..tak balik kg.Tapi kalau tahu final camp jatuh pada cuti sekolah saya dah beli dah tiket awal2.Bukan final camp je tak dapat join, jumpa suami tercinta pun tak dapat.Maklumlah dia kerja kt semenanjung ,sya di Bumi Bawah Bayu.Sabo je ler..Semoga final camp ni dpt berjalan dngn lancar tanpa sebarang insiden..Insyaalah..

azlan@lanPERLU said...

salam en hisyam...azlan ni... rasenye ni la first time sy bg komen dlm blog ni,wlaupun dh lama sy ikut prkmbangan dan baca blog en hisyam dan rakan2...

mmg sedih sgt2 hati ni sbb x boleh cuti...sy dh rncang utk ke fnal camp...last2 cuti dibekukan sbb terlalu ramai staff ambil cuti sbb musim cuti skolah...so,sy yg masih baru dan bujang ni,kena la korban dduk kt opis...lps cuti skolah baru bleh cuti...sedih btol...

sy pun setuju dgn k.yazilah dan aboy...sy doakan kem ni berjalan lancar dan dilindungi dari masalah dan musibah oleh ALLAH swt...dlm hati ni Tuhan je yg tau rase terkilan x dpt pegi...

kpd yg pegi, slmt pergi dan slmt pulang...insyallah,kalau ada rezki sy akan sntiasa brusaha utk turut serta dlm apa2 prgm PERLU... insyallah, blog sy akan muncul x lama lg, nntikan...haha...

assalamualaikum...

Penjengok-Penjengok Tegar said...

First of all by the time Boss and others reading this, PPT with his family had made the decision of not attending this final camp due to some issues that required to be settle next week.
Anyway by having Otai's and others in place, PPT believed that they are capable of handling students and ensure that safety are in best condition at all time. Even though I believed that there are additional lectures will attend and their expert in recreation will help a lot.
GOod Luck and Stay Tuned.

Cheers....

Cy_sumandak said...

salam boss..

kami xkan lupa ilmu yang boss berikan pada kami.itu pun sy rasa x puas lagi nak tuntut..tapi biar kita cari ilmu dan jangan tunggu ilmu..harap ini bukan final camp yang terakhir..biar jauh yang penting puas hati dapat tolong boss wpun sekecil kuman..