Semalam saya, Dekan dan Pengerusi Pengajian berangkat ke UiTM Kampus Pahang di Jengka. Saya bayangkan tentulah ianya bakal menempuh perjalanan yang jauh dan sukar. Kenderaan pacuan 4 roda pun saya tempah dari Unit Kenderaan. Rupa-rupanya Jengka tidak seperti yang saya bayangkan. Sudah maju.
Kami semua sebagai wakil FSR telah mengadakan pertemuan dengan barisan pengurusan tertinggi UiTM Jengka yang diterajui oleh Prof Madya Dr Hj Hilmi Abdul Rahman. Boleh dikatakan kesemua pembesar-pembesar UiTM Jengka hadir dan menyambut kedatangan kami.
UiTM Jengka begitu berminat untuk memasukkan Diploma Pengajian Sukan sebagai satu lagi program yang ditawarkan di situ. Maka kami dari FSR hadir untuk melihat sendiri infrastruktur yang disediakan oleh UiTM Jengka untuk 'menyambut' satu lagi program yang memerlukan infrastruktur yang tersendiri.
Sesi taklimat dimulakan dengan Timbalan Pengarah (akademik) UiTM Jengka menerangkan tentang kemudahan di UiTM Jengka. Ianya diikuti oleh penerangan tentang program Diploma Pengajian Sukan oleh saya sendiri. Selepas itu kami pun pergilah melawat beberapa kemudahan yang tersedia di sini.
Sememangnya UiTM Jengka sudah bersedia menerima kehadiran satu lagi program baru. Prasarana memang cukup lengkap. Terlalu lengkap. Dengan kemudahan sukannya, penginapan pelajar, bilik kuliah, ladang (macam kat UPM pulak) dan hutan (macam Hutan Simpan Air Hitam -milik UPM). Wow! memang hebat. Kenapa saya tak tahu dari dulu lagi. UiTM rupa-rupanya sudah ada hutannya sendiri. Memang indah.
Yang paling bestnya kami dijamu dengan masak tempoyak ikan patin segar. Durian dan rambutan dari ladang UiTM Jengka. Cenderahatinya pula rambutan satu bakul dan pokok herba seperti Mas Cotek.
Sudah semestilah Dekan, Pengerusi Pusat Pengajian dan saya sungguh teruja untuk dipercepatkan pembukaan program Diploma Pengajian Sukan di sini. Siapakah pensyarah yang akan mengajar di sini? Kita tunggulah nanti apabila tiba masanya. Mungkinkah saya salah seorang daripadanya? Tidak mustahil.
7 comments:
Alhamdullilah
Kita bakal menyambut kedatangan keluarga baru di UiTM Pahang..semakin besarlah keluarga FSR di Malaysia. Nampaknya orang mula sedar kepentingan FSR sebagai peneraju utama dalam bidang sukan dan rekreasi. UiTM Di Hatiku
mesti seronok kalau FSR di buka disana.Segala aktiviti mesti senang dan sesuai dilaksanakan.Lagi banyaklah peluang adik2 yang boleh ikuti pengajian Bidang ini.Insyaalah
saya cadangkan Teamtact sebagai salah sorang pensyarah disana boss.=)
Aboy...
Biarkan teamtact teruskan dengan usaha membangunkan bisnesnya. Mengajar part-time mungkin boleh sekiranya dia ada masa.
Ema...
Memang kampus tu serba lengkap, dekat dengan kebanyakan tempat rekreasi menarik di negeri Pahang
Hapiz...
Benar bagai dikata
jika ada peluang blehla diuar2kan bos..
saya ingin mencuba...
ahaks...
Salam rekreasi.....
apa-apa saja, saalkan bidang rekreasi.....saya sanggup
sememangnya uitm jengka best..3 thn disana sy sungguh seronok dan bahagia..klau bole nak smbung degree kat sana tp x de pula...
Post a Comment