Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Friday 8 August 2008

Kaca Bersepai

Dalam orang lain sibuk dok solat Jumaat, ada juga 'kutu' yang boleh isi masa senggang dia dengan mencuri.

Sebentar tadi sebaris kereta yang parking di tepi jalan berhampiran Masjid Seksyen 15 telah dipecah cermin sisi kereta mereka. Saya hanya mampu bersimpati.

Berderau juga darah apabila melihat dua orang brother yang cermin kereta mereka telah dipecahkan sedang menyapu serpihan kaca yang bersepai. Mereka parking betul-betul di belakang kereta saya. Terus saya menuju ke kereta saya. Alhamdulillah kereta saya terselamat. Mungkin tak sempat. Syukur Allah pelihara.

Benda yang nak dicuri cuma set radio sahaja, tetapi habis cermin sisi bahagian penumpang dipecahkan. Menyusahkan orang sahaja.

Jadi berhati-hatilah kita di mana sahaja kita berada. Semakin ramai orang yang kian terdesak untuk meneruskan hidup kini berada di sekitar kita. Mereka mencari jalan mudah untuk hidup di muka bumi yang fana ini. Caranya mudah... mencuri, merompak dan menyamun.

2 comments:

ChTan said...

Hisyam,

Berapa buah kereta kata u ? 8 ke? kerena Olimpik kat masjid.

You are right, sekarang kebanyakan orang cuba cari jalan senang untuk hidup senang lenang atau sekadar hari- harian ke?

Kat Malaysia mana mungkin tak ada kerja , yang ada pilih sangat atau takut kerja kuat kerana nak kerja senang, gaji besar mana nak dapat Syam kan?

hisyamchemat said...

Betul tu sir... sepandai-pandai tupai melompat....