Jiwa ini memberontak dan meronta-ronta untuk menulis bagi mengisi catatan peribadi dan maklumat terkini di dalam Coretan di Kala Senggang. Ada sahaja idea yang muncul di dalam pemikiran saya. Namun Broadband yang baru saya langgan ni asyik bermasaalah sahaja perkhidmatannya untuk saya login ke dalam blogspot. 3G kurang coverage agaknya di kawasan perumahan saya. Maafkan saya. Kalau Wan Kamaruzaman NTV7 masih ada tentu dikatakannya, "Apa kejadahnya semua ini!”. Bukannya duduk di ulu tetapi hanya beberapa kilometer sahaja dari Bandaraya termasyhur. Sabar ajalah.
Sebenarnya saya masih dengan semangat cuti. Macam cuti orang berpantang pulak. Walaupun pada hakikatnya saya berpantang juga, hehehe. Kadangkala saya ke pejabat juga kalau ada panggilan dari Marzura (Penolong Pendaftar) atau Hashbullah (Timbalan Dekan) untuk mesyuarat penting fakulti atau di Bahagian Pengambilan. Saya nak habiskan masa bersama puteri baharu dan isteri. Saya tak sanggup membiarkan Liza keseorangan menguruskan Kaisara di rumah. Dalam beberapa minggu kebelakangan, semenjak Liza bersalin, saya berusaha sebaik mungkin untuk menjadi surirumah. Saya baru belajar balik memasak, mencuci, menjemur dan melipat pakaian, melayan tetamu yang tak putus-putus melawat Kaisara dan Liza, menyediakan juadah kepada tetamu yang hadir (sekadar yang termampu) dan tak lupa juga melayan karenah dua lagi anak kami, Kamilia dan Kaisara.
Semalam Kamilia ke sekolah baru. Ada Hari Orientasi. Nasib baik Kamilia OK. Saya tengok ada jugak budak-budak yang menangis tak mahu berpisah dengan mak bapak masing-masing. Kamilia kuat semangat. Macam bapak dia kot, hehehe. Papa doakan Kamilia berjaya dunia dan akhirat. Menjadi anak yang solehah dan ingatkan mama, papa dan adik beradik yang lain bila dewasa nanti.
Kamil pula macam biasa. Lelaki tetap lelaki (mungkin saya pun sama juga masa kecil dulu). Main sahaja. Makin lasak. Mainnya pun cara lelaki. Letih melayan. Kasihan Kaisara sering dibuli. Dicuit sini sana. Jenuh nak tepis. Saya faham, dia perlukan perhatian juga. "Dah 3 tahun lebih kasih tertumpah ke Kamil. Tup-tup ada orang baru yang dah 'curi' kasih papa dan mama kepada Kamil". Mungkin itu yang Kamil fikirkan. Kadang-kadang tu kena guna juga kaedah bilik gelap dan di’grounded’. Namun semuanya sekejap sahaja. Lepas tu dia buat balik.
Kaisara diserang ruam satu badan. Ada selsema sikit-sikit. Dah beberapa hari saya dan Liza bawa dia ke klinik dan hospital. Kena check. Takut juga kot-kot denggi atau demam campak. Pohon dijauhkan. Kasihanilah dia, Ya Allah. Kaisara masih terlalu kecil untuk menanggung dugaan-Mu.
Alhamdulillah semuanya OK. Cuma ruam sahaja yang masih ada sikit lagi. Ubat sapu dari klinik dan hospital ada kesannya. Saya juga gunakan petua orang kampung untuk ruam. Disapukan Kaisara dengan tepung ubi. Alhamdulillah makin kurang ruamnya. Kaisara sihat. Kuat menyusu.
Hari saya masuk kerja. Banyak kerja perlu dilangsaikan. Aduh…
6 comments:
tahniah....
tahniah bos kerana dapat menjalankan tanggunggjawab sebagai seorang suami,ayah,kawan,pendidik,anak dan yang penting sebagai umat Islam yang sentiasa patuh.....
salam,
masih belum terlambat rasanya saya nak ucapkan tahniah atas kehadiran kaisara kepada bos sekeluarga....semoga berbahagia selamanya....amin!!!
Fulamak Boss,
Kat rumah pun pakai baju PERLU. Memang patut la jadi Penasihat Persatuan Seumur Hidup.
Tahniah Boss..
Cheers....
salam...
tahniah en.hisyam...
insyallah kami akan melawat kak liza and kaisara...
salam...
terharu saya dengar cerita c.hisham. sememangnya en.hisham seorang bapa yg penyayang dan bertanggungjawab.saya suka cara en.hisham membahagikan masa utk keluarga dan kerjaya.saya hormat cara en.hisyam, semoga en.hisyam dilimpahi rahmat selalu...amin...
salam abang ungkal..
tahniah dari kami...
bila liza bersalin?
jaga diri dan mudahan-mudahan semuanya akan berjalan dengan baik, IAllah....
Post a Comment