Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Friday, 23 May 2008

Misteri

Ramai rakan-rakan mula bertanya kenapa tidak diteruskan cerita Tragedi Mukut. Ada yang menghantar SMS, email dan tidak kurang juga yang memberi cadangan secara bersemuka supaya diadakan sambungan kepada cerita pertama.

Maafkan saya, rakan-rakan sekalian. Saya tidak dapat memenuhi kehendak anda semua. Penceritaan saya sebelumnya itu hanyalah sebagai pengajaran. Tidak lebih daripada itu. Ini bukannya blog misteri nusantara. Tapi sekadar berkongsi yang termampu.

Penceritaan Tragedi Mukut hanyalah rentetan daripada kenangan saya semasa kembali semula ke Kg Mukut, Pulau Tioman untuk Sultan Ahmad Shah - Tioman International Eco-Challenge. Di Kg Mukut telah diletakkan satu checkpoint yang memerlukan peserta singgah untuk acara menyumpit dan merupakan lokasi untuk pengesahan pasport peserta. Sukar juga untuk saya menjejakkan kaki semula di Kg Mukut. "Dia" dah menunggu. Menyambut ketibaan saya dan rombongan marshal. Namun tiada peristiwa yang tidak diingini yang berlaku.

Semasa di Kg Mukut saya sempat berkunjung ke lokasi di mana saya bertemu Pak Ngah dan anaknya Tarmizi. "Barang" yang pernah ditunjukkan kepada saya ketika pertama kali sampai di Kg Mukut dulu pun masih lagi disimpannya. Mereka masih ingat saya. "Barang" tersebut diperolehi ketika mereka "bertapa" di Twin Peak Nenek Si-Mukut. Saya pernah memegang "barang" tersebut ketika pertama kali berkunjung ke situ pada tahun 2001. Urat tangan saya berdenyut pantas ketika memegang dan membaca selawat ke atas Rasulullah S.A.W. Kali ini saya tidak akan membuat silap yang sama lagi. "Barang" tersebut tidak akan saya sentuh. Biarpun naluri dan gerak hati memanggil untuk menyentuh lagi "barang" tersebut, saya cuba melawannya. Ingatan dan amaran turut saya berikan kepada marshal yang mengikut saya untuk menjadi saksi kewujudan "barang" tersebut.

Di sini saya turunkan sedikit amalan apabila berhadapan dengan situasi sebegini. Amalan biasa adalah membaca bismillahirrahmanirrahim. Ianya diikuti dengan ayatul Kursi. Kemungkinan dan tidak mustahil "makhluk" yang muncul itu masih boleh mengikuti bacaan ayat Kursi kita. Jangan risau. Sampai sahaja dipembacaan ayat akhir yang berbunyi " Walaa Ya'uduhu Hifzhuhumaa wa Huwal ‘Aliyyul ‘Azhim " insyaallah tiada lagi "suara" yang mengikuti bacaan kita. Pastikan ayat ini dibaca dengan betul dan diamalkan dengan penuh yakin. Selamat mencuba.

4 comments:

ChTan said...

Syam,

Fren, you are good because you cerita kisah benar and you left something to let people ingin tahu apa tu "barang" yg syam sebut tu, yeh? very goodlah you.

hisyamchemat said...

Many thanks Bro. Gambar "barang" tu ada pada saya. Nak tengok datang bilik.

Anonymous said...

salam boss,

itulah ayat terakhir dlm ayatul Kursi yg boss ajar kat saya bila pertama kali boss tahu pasal 'mata' saya, baca 10 kali untuk mengelakkan segala gangguan syaitan. masih saya amalkan..
terima kasih banyak2...

hisyamchemat said...

Alhamdulillah. Semoga ilmu yang baik dan seterusnya dikongsi bersama akan mendapat keredhaan dari-Nya.
Nota: Buat la blog Misteri Nusantara. Tentu ramai peminat.