Yang Betul
Tempohari saya terserempak dengan seorang graduan FSR di sebuah pasaraya di Subang Jaya. Tidak salah sekiranya saya letakkan nama beliau di sini. Ali namanya. Beliau bakal bergelar pendidik. Kini sedang menjalani latihan mengajar. Masa senggang setelah tamat sesi latihan mengajar digunakan sepenuhnya oleh Ali dengan melakukan kerja sambilan. Beliau bekerja sebagai promoter sambilan untuk sebuah syarikat talian internet.
Semasa belajar dahulu pun Ali bekerja sambilan. Jual sosej jenama terkenal. Ali pandai membahagikan masa. Beliau bergraduat dengan Ijazah Kelas Kedua Atas (3.00 ke atas).
Saya teringat zaman belajar dahulu. Saya bekerja di salah sebuah restoran makanan segera di The Mines. Rakan serumah juga majoritinya melakukan kerja sambilan. Majoritinya juga bergraduat dengan Ijazah Kelas Kedua Atas. Alhamdulillah.
Ketika belajar di peringkat sarjana pun saya bekerja sambilan. Sebagai tukang tangkap ayam. Ceritanya ada di sini. Saja seronok cari pengalaman bekerja di tempat orang. Baunya memang busuk, tapi ongkosnya lumayan. Sejam AUD17 sejam (RM50 sejam).
Apa yang hendak saya sampaikan di sini adalah bagaimana seorang individu bernama Ali cuba untuk mendapatkan wang yang halal dari titik peluh beliau sendiri. Ali sering saya jadikan contoh. Selain itu juga terdapat beberapa orang pelajar lain yang saya kenalpasti turut aktif bekerja sambilan dengan bermain alat muzik, menjadi instruktur untuk konsultan latihan, jurulatih sukan, penanggah untuk catering dan juruwang di pasaraya, ketika masih di belajar di universiti. Rezeki yang halal inilah yang menyara kehidupan mereka semua semasa di kampus.
Berbalik kepada cerita Ali, walaupun kini beliau mempunyai elaun sebagai bakal guru, beliau masih berminat untuk bekerja sambilan. Individu sebegini tidak reti duduk diam. Kelebihan boleh berkomunikasi dengan baik digunakan sepenuhnya untuk bekerja sambilan sebagai promoter. Mulut manis kata orang. Semoga Ali terus berjaya.
Yang Salahnya
Ada si-Polan yang saya kenali ini cuba menipu majikannya. Beliau membuat tuntutan-tuntutan [perjalanan, loging, harian, perbatuan] yang tidak sepatutnya kepada majikan di mana tempat beliau bekerja. Beliau berbangga bercerita tentang kehebatan dan pengalamannya di dalam membuat tuntutan-tuntutan. Kebiasaannya akan dapatlah akan beliau tuntutan-tuntutan yang beliau idam-idamkan di setiap bulan. Itulah ‘rezeki’ yang beliau berikan kaum kerabat dan handai taulannya makan dan belanja.
Moralnya
Cerita yang pertama dan kedua memang jauh berbeza. Yang pertama [Ali] cuba untuk mendapatkan rezeki yang halal dan insan yang kedua [si-Polan] pula terjebak dengan hal tuntutan-tuntutan palsunya.
Maka penjengok-penjengok sekalian, anda semuanya sepatutnya sudah matang dan boleh berfikiran rasional. Sama-samalah kita memilih jalan yang terbaik untuk kita tempuhi. Kehidupan kita semua di sini hanyalah sementara. Tidak salah untuk kita saling ingat mengingati. Bukan senang untuk berhijrah ke arah kebaikan. Banyak pancaroba yang perlu ditempuhi di zaman yang serba mencabar ini. Biarpun susah, sekurang-kurangnya rezeki yang kita bawa pulang itu bersih.
Saya pun bukannya baik sangat. Saya pun jahil. Banyak kekhilafan yang sengaja dan tidak disengajakan. Tetapi dengan menyeru ke arah kebaikan sebegini, saya akan turut sama berusaha menjauhkan diri saya dari terlantar di lembah yang hina. Agar diri tidak digelar hipokrit.
Kepada rakan-rakan yang melakukan kerja sambilan pula, termasuklah saya… ingatlah… jangan sampai kerja sambilan yang kita lakukan itu melebihi pula daripada kerja tetap yang kita dibayar gaji setiap bulan.
12 comments:
duit bukanlah raja kepada kita,,,, tapi, setiap orang memerlukan duit untuk menuju setiap kejayaan yang kita hendak capai..
berbagai cara untuk cara org cari duit pada zaman sekarang ada yang baik ada yang sebaliknya...
sebenarnya duit tue
D-doa
U-usaha
I-istiqamah
T-tawakal
saya sebagai student pun masih bekerja sebagai jurulatih diluar untuk mencari sedikit sebanyak duit.... saya tak amik ptptn..... insyaallah ada peluang blaja saya gunakan dgn sebaiknya
dalam sessi pembelajaran dalam outdoor mungkin saya dapat lembaran baru untuk mencari duit...
saya dah pun ke sekolah lama utk hantar proposal dan pengetua bersetuju untuk buat aktiviti... banyak yang dapat saya blaja dalam outdoor walaupun saya baru lagi....
begitulah usaha yang dilakukan oleh setiap individu...
ada yang betul dan ada yang salah..
tapi ikutlah yang betul kerana lebih baik..
terima kasih bos atas pesanan yang diberikan...
ali tue classmate saya masa diploma dulu...
Bila cakap pasal kerja part time ni teingat belajar di uitm.. bila cuti semester je saya ambil peluang bantu jiran buat kuih tart nenas.. maklumlah ayah saya tak bekerja lagi masa tu. Bila di Australia pula.. saya bekerja cucuk sate yang di bayar 10 sen satu cucuk.. dan kerja cuci pinggan etc.
Memandangkan kita bekerja tak kira asalkan halal - pernah juga 'kawan' berkata tak malu ke kerja macam tu - macam jadi org gaji je..Pada saya kerja apa-apa pun tak kisah asalkan kita dapat duit yang halal dan tidak menyusahkan keluarga kita.
salam boss..
saya penah jumpe org mcm ni boss. Dia duk bangga ngan apa yg dia buat seperti claim n etc... iskh..takut la..
terima kasih di atas pesanan boss...
have a nice day...
aku masih melakukan kerja tolong - tolong orang walaupun bayarannya tidak seberapa...aku masih ingat dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung...yang penting halal..pendapatan dari kerja sambilan dan tolong-tolong orang lah menyara aku sehingga kini...tidak ada salahnya melakukan kerja part time atau kerja low class,yang penting kita tahu kearah mana kita akan pergi(matlamat yang jelas)moga dengan kesungguhan,kesabaran dan keikhlasan kita akan mencapai segala impian didada....may god bless u bro
Syukur pada ALLAH S.W.T semua geng-geng kita ada part-time job untuk sedikit sebanyak membantu apa yang patut. Teruskan...
Kalau ada lebih tu jangan lupa panggil PPT naaaaaa.......
Cheers....
Salam rekreasi....
saya sokong kepada mereka2 yang bekerja sambil belajar..... bila lagi kita nak berdikari..... jangan tggu grad untuk cari pengalaman......
Salam rekreasi....
saya sokong kepada mereka2 yang bekerja sambil belajar..... bila lagi kita nak berdikari..... jangan tggu grad untuk cari pengalaman......
Hisyam,
Oh Dunia = duniawi and greedy. Maka yang salah selalu dianggap betul bila majoriti komuniti kata betul! Macam syam? Sedih tak?
Perkara ini memang sedang dan senantiasa berlaku di sekitar kitalah namun bila soal nak bukti yang solid yeh apa boleh buat Oh Dunia sampai bila bila lah.
Aishah,
Cerita la sikit pengalaman bekerja kat Oz dalam blog tu.
Nnati ada amsa saya citer yer.. huhuhu..
Post a Comment